X Close

Farah Mahu Bergelar Usahawan

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BIARPUN masih 'hijau' dalam bidang peragaan muslimah, Nur Faradiyana Md Jamal, nyata tidak kekok beraksi didepan kamera. 

Anak kelahiran kota metropolitan Kuala Lumpur ini cukup bijak menampilkan pose menarik ketika sesi fotografi berlangsung. 

Dia yang memiliki ijazah dalam bidang perakaunan memilih kerjaya sebagai model kerana meminatinya sejak kecil.

Farah Diyana bercita-cita ingin membuka butik pakaian menggunakan jenama sendiri tahun hadapan. Foto RAYMOND OOI/THESTAR.

"Bidang peragaan memang minat saya sejak dahulu lagi, cuma baru-baru ini saya dapat peluang untuk menjadi model. Semuanya bermula pada Februari lalu apabila rakan baik saya meminta saya menjadi model tudung rasmi bagi butiknya Hijab by Fya Zara

"Selepas itu saya mula mendapat tawaran untuk hadir sesi fotografi, biarpun saya jadi model sambilan, namun kerjaya ini memberikan kepuasan yang berbeza kepada diri saya," katanya kepada mStar Online dalam satu temubual di Mutiara Damansara baru-baru ini. 

Anak sulung daripada empat beradik ini bagaimanapun lebih meminati bidang perniagaan, dan bercita-cita untuk membuka perniagaan jenama pakaian sendiri awal tahun hadapan. 

"Saya memang minat berniaga, sekarang ini pun saya membuat bisnes menjual kek batik secara atas talian. Tempahan yang diterima pun cukup memberangsangkan. 

"Insya-Allah tahun hadapan saya akan mula menjual pakaian dengan menggunakan jenama sendiri. Rekaan juga saya akan lakukan secara kolaborasi dengan rakan baik saya," katanya. 

Ditanya perasaannya terpilih sebagai finalis Model Muslimah Malaysia mStar Farah Diyana yang lebih mesra dengan panggilan Farah ini berkata, dia cukup teruja dapat menyertai pertandingan tersebut dan tidak akan mensia-siakan peluang yang tersebut untuk melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan muslimah. 


"Menang kalah, adat pertandingan bagi saya, bukan mudah untuk memperoleh pengalaman sebegini. Apa pun saya janji akan melakukan yang terbaik sepanjang pertandingan ini. 

"Saya juga akan melakukan 'homework' untuk memperbaiki gaya 'posing' serta 'catwalk' melalui majalah serta instagram," katanya yang gemar menonton America's Next Top Model. 

Keluarga dan rakan baik merupakan sumber kekuatannya untuk melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan.

Suka gaya yang ringkas dan warna-warna lembut, Farah mengakui dia bukanlah seorang wanita yang mementingkan jenama, sebaliknya lebih gemar memakai pakaian yang selesa dan cantik pada pandangan matanya. 

"Kalau tudung saya suka selendang keluaran Hijab by Fya Zara, kalau baju saya tak kisah, janji ia selesa dan nampak cantik saya akan pakai. 

"Saya tidak suka fesyen yang pelik-pelik dan sarat," katanya yang meminati model antarabangsa dan tempatan seperti Tyra Banks dan Nurul Ain Yusof. 

Farah mengakui bukan mudah untuknya pergi lebih jauh tanpa sokongan padu daripada keluarga dan rakan baiknya, bagi gadis manis ini mereka merupakan kekuatannya untuk maju dalam bidang peragaan. 

"Apa pun nasihat saya kepada mereka yang ingin menceburi bidang peragaan muslimah ini, usah takut, mereka perlu berani mencuba untuk melihat sejauh mana keupayaan, selain yakin kepada diri sendiri," katanya mengakhiri perbualan. 


Biodata 

Nama: Nur Farah Diyana Md Jamal

Umur: 24 tahun

Tempat lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur

Adik beradik: Anak sulung daripada empat orang adik beradik  

Cita-cita: Ahli perniagaan 

Hobi: Membaca, melancong

Makanan kegemaran: Sushi dan masakan pedas 

Rancangan kegemaran: Running Man, America's Next Top Model 

Perkara tidak disukai: Orang yang tidak menepati janji dan orang yang cakapnya putar belit

Ciri lelaki pilihan: Tidak merokok, memahami, hormat orang tua, tinggi lampai dan sukakan kanak-kanak

Farahdiyana

  • 1 of 7
  • Farahdiyana1

  • Farahdiyana2

  • Farahdiyana3

  • Farahdiyana4

  • Farahdiyana5

  • Farahdiyana6

  • Farahdiyana7

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan