X Close

Ayshah Ingin Teruskan Legasi Keluarga

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGALAMAN bekerja sebagai barista (pelayan) di premis minuman berasaskan kopi terkemuka sedikit sebanyak membina keyakinan dalam dirinya, sekaligus menjadikan dia tidak kekok beraksi didepan kamera. 

Itulah pengalaman yang sangat berharga buat anak gadis kelahiran Johor Bharu, Nur Ayshah Rosli. 


Ayshah pernah bekerja sebagai barista di Coffee Bean. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

Pernah menyertai beberapa pertandingan model muslimah, Nur Ayshah yang lebih mesra dengan panggilan Ayshah ini berharap pertandingan Model Muslimah Malaysia mStar menjadi landasan terbaik untuk dia mengembangkan bakatnya dalam bidang peragaan ke peringkat lebih tinggi. 

"Saya pernah menyertai dua pertandingan tahun ini, salah satu pertadingan itu saya tersenarai ke Top 5. Saya harap pertandingan kali ini saya boleh pergi lebih jauh, kerana saya meminati bidang peragaan ini sejak kecil lagi," katanya kepada mStar Online di Verve Commerce, Mutiara Damansara, baru-baru ini. 

Menceritakan detik awal dia menceburi bidang peragaan ini, kata gadis berusia 19 tahun ini, semuanya berlaku secara tidak dirancang ketika dia menjadi pengapit pengantik ketika majlis perkahwinan saudaranya. 

"Ketika itu abang saudara saya yang juga jurukamera pada majlis tersebut meminta saya menyertai sesi fotografi 'outdoor' bersama dengan pasangan pengantin. 

"Disitulah saya mula terlibat dengan bidang peragaan secara tidak langsung, dia banyak mengajar saya gaya yang sesuai ketika sesi fotografi," kata Ayshah.

Ayshah ingin buka kedai kek sendiri.
 

Bercita-cita untuk membuka bisnes kedai kek satu hari nanti, gadis manis ini hanya menjadikan kerjaya dalam bidang peragaan sebagai memenuhi masa terluangnya.

"Saya lebih berminat untuk buka kedai kek sendiri, lagipun keluarga mempunyai perniagaan kek sendiri, mungkin saya boleh teruskan legasi mereka," katanya yang meminati model Natasha Hudson. 

Bercerita mengenai gayanya berfesyen, Ayshah mengakui dia seorang yang sangat ringkas, namun tidak boleh keluar rumah tanpa memakai gincu. 

"Saya seorang yang sangat ringkas, saya akan pakai baju yang saya suka walaupun ia lama tapi saya akan gayakan supaya ia nampak seperti baharu. 

"Ibu orang yang paling menyokong saya dalam bidang peragaan ini," katanya mengakhiri perbualan.

Biodata

Nama: Nuraishah Rosli
 
Tempat lahir: Johor Bahru, Johor

Adik beradik: Anak sulung daripada dua beradik 

Cita cita: Menjadi ahli perniagaan dan membuka bisnes sendiri
 
Hobi: Membeli belah

Makanan kegemaran: suka makan aiskrim 

Perkara yang tidak disukai: Tak suka keadaan yang kompleks atau multitasking

Ciri lelaki pilihan: mestilah tinggi daripada saya, saling memahami and boleh terima saya seadanya



Aysha

  • 1 of 7
  • Aysha1

  • Aysha2

  • Aysha3

  • Aysha4

  • Aysha5

  • Aysha6

  • Aysha7

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan