X Close

Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya Sebagai Model - Amira

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BIARPUN pernah berlakon filem, Adik Manja Returns namun bagi Nur' Amira Amirudin, bidang peragaan tetap memberikan kepuasan yang berbeza kepada dirinya.

Berusia 30 tahun dan berumah tangga sejak dua tahun lalu, dia tidak melihat keluarga sebagai batu penghalang untuk bergiat aktif dalam bidang peragaan yang diceburinya sejak lima tahun lalu. 

Menceritakan detik awal kariernya dalam bidang peragaan, Nur' Amira yang lebih mesra dengan panggilan Amira berkata, semuanya berlaku secara tidak langsung, apabila rakan yang pernah sama-sama berlakon filem meminta dia mencuba nasib sebagai model sambilan. 

Amira sanggup berhenti kerja demi memberikan tumpuan sepenuh masa kepada keluarga. - Foto AZHAR MAHFOF/THE STAR.
Sejak itu saya mula pergi 'casting' dan hadir sesi fotografi dan pada masa sama saya juga belajar teknik asas dalam bidang peragaan melalui bengkel dan kelas peragaan yang dianjurkan oleh model seperti Julia Ziegler dan Dynas Mokhtar. 

Bukan itu sahaja, ibu muda kelahiran Pahang ini sanggup mengorbankan kerjaya tetapnya sebagai seorang pegawai sumber manusia di sebuah agensi kerajaan sejak dia melahirkan putera sulungnya dua tahun lalu. 

"Suami minta saya berhenti kerja, kerana dia tidak percaya orang lain jaga anaknya. Walaupun pada mulanya agak payah,  namun lama-lama saya seronok sebab dapat lihat anak membesar di depan mata disamping menyusukan dia selama dua tahun. 

"Walaupun saya tidak bekerja, saya memang jenis yang tidak boleh duduk diam di rumah. Bila anak mula membesar saya kembali terima tawaran dalam bidang peragaan untuk jadi model butik muslimah. 

"Paling tidak boleh saya lupakan apabila tersenarai sebagai 'Top 10' Pencarian Wanita Melayu yang disiarkan di RTM1 pada Mei lalu," katanya kepada mStar Online di Verve Commerce Mutiara Damansara baru-baru ini. 

Amira mengakui sejak dia mula bertudung setahun yang lalu, tawaran yang diterima datang mencurah-curah, sekaligus mengetepikan pandangan skeptikal yang golongan bertudung tidak boleh pergi jauh dalam bidang peragaan. 

"Nasihat saya kepada mereka yang baru menceburi bidang ini, jadilah diri sendiri, jangan  terdesak untuk cepat naik. 

"Sebab kita akan diduga. Kalau kita bertudung, jangan paksa diri buat sesuatu yang kita tidak boleh buat.  Kita juga perlu pandai bawa diri kerana ini akan membuatkan orang lebih hormat kepada kita," katanya gemar membeli barangan online di Instagram. 

Bertudung tidak pernah menghalang Amira melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan. 

Ditanya mengenai perasaannya menyertai Model Muslimah Malaysia mStar, Amira mengakui sesiapa sahaja yang menyertai pertandingan sudah pasti ingin menang, namun bagi dirinya pengalaman yang diperolehi daripada pertandingan yang disertai lebih berharga daripada segalanya. 


"Saya bersyukur sangat dan tidak sangka terpilih. Saya harap saya tak terlewat untuk kembali bergiat aktif kerana saya sudah berusia 30 tahun berbanding dengan model lain yang jauh lebih muda dan cantik daripada saya. 

"Apa pun saya akan jadi diri sendiri dan tidak terdesak untuk dapatkan sesuatu. Saya akan cuba buat yang terbaik dalam pertandingan ini," katanya. 

Meminati gaya berfesyen, penyanyi Yuna dan Mizz Nina, Amira berkata dia menggemari gaya yang ringkas dan suka menyuai padan sesuatu pakaian mengikut kesesuaian majlis yang dihadirinya. 

"Saya memang minat untuk jadi model sejak kecil lagi, keluarga pun tahu dan mereka tidak pernah menghalang. 

"Saya juga sangat beruntung kerana suami merupakan tulang belakang kepada kejayaan saya dalam bidang ini, dia sentiasa menyokong saya malah keluarga mentua juga sering membantu saya menjaga anak bila saya perlu menghadiri sesi fotografi. 

"Mereka tidak pernah menyekat minat saya, apa yang penting saya tahu menjaga maruah keluarga dan pandai bawa diri dalam bidang ini," katanya mengakhiri perbualan.

Biodata

Nama : Nur'Amira Amirudin

Umur : 30 

Negeri kelahiran : Pahang

Adik beradik:  Anak ketujuh daripada lapan beradik 

Cita-cita : Model berjaya 

Hobi : Shopping, melancong

Makanan kegemaran: Tomyam & makanan berasaskan keju

Rancangan kegemaran: Rancangan berbentuk ilmiah dan hiburan
 
Perkara yang tidak disukai: Talam dua muka

Ciri lelaki pilihan: Macam suami saya..dia sentiasa menyokong apa yang saya minat dan mudah bertolak ansur

Nur Amira

  • 1 of 7
  • Nur Amira1

  • Nur Amira2

  • Nur Amira3

  • Nur Amira4

  • Nur Amira5

  • Nur Amira6

  • Nur Amira7

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan