X Close

Mulanya Tambah Duit Saku, Kemudian Khaira 'Jatuh Cinta'

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MULA menceburi bidang peragaan sekadar untuk menambah wang saku ketika belajar di universiti akhirnya, Amirah Khairani Hamdan, mengakui 'jatuh cinta' dengan kerjaya sebagai model muslimah. 

Menceritakan detik awal menceburi bidang peragaan, anak kedua daripada empat beradik ini berterima kasih apabila mengingati detik itu yang berlaku ketika menuntut di Segi University College dua tahun lalu. 

"Ketika itu saya jadi model sebab ingin tambah duit saku, sebab masih belajar. Bila dapat bayaran bagi setiap sesi fotografi mula timbul rasa seronok dan selesa dengan kerjaya sebagai model. Namun saya terpaksa berhenti seketika apabila tiba di tahun akhir pengajian sebab ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian. 

"Saya kembali aktif sebagai model awal tahun ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Verve Commerce Mutiara Damansara baru-baru ini. 

Khaira ingin melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan muslimah. - Foto RAYMOND OOI/THESTAR.

Bagaimanapun, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui bukan mudah untuk menceburi bidang peragaan kerana banyak perkara yang perlu diberi perhatian untuk berjaya dalam bidang tersebut. 

"Memang nampak macam bidang peragaan ini menyeronokkan, namun ingin saya nasihatkan jika anda benar-benar ingin menceburi bidang peragaan anda perlu bersiap bersedia daripada aspek fizikal dan mental kerana kadangkala kita akan dikritik, tidak kurang juga ada turun naik dalam bidang peragaan ini," katanya. 

Lebih mesra dengan panggilan Khaira, gadis ini menganggap ibu bapa dan rakan karib merupakan individu terpenting yang membakar semangatnya untuk melangkah jauh dalam bidang peragaan muslimah. 

"Mereka merupakan kekuatan saya dalam bidang ini, adakalanya bila saya bersedih merekalah tempat saya mengadu," kata pelajar jurusan Pengurusan Kewangan ini. 

Khaira pernah jadi penghias muka depan majalah Hijabista dan Dara.com

Ditanya mengapa beliau menyertai pertandingan Model Muslimah Malaysia mStar, Khaira berkata, dia berharap untuk menimba pengalaman dan pertandingan berkenaan akan menjadi landasan untuk maju dalam kerjaya sebagai model muslimah. 

"Memang saya berharap dapat tersenarai sebagai Top 10 dalam Model Muslimah Malaysia mStar , namun semuanya bergantung kepada rezeki dan pengalaman menyertai pertandingan seperti ini cukup berharga untuk saya melangkah lebih jauh," katanya. 

Bercerita mengenai pengalamannya sebagai model muslimah, Khaira berkata, sehingga kini dia tidak boleh melupakan saat terpilih sebagai penghias muka depan majalah Hijabista dan Dara.com tidak lama dahulu. 

"Saya juga pernah menjadi duta untuk butik Sincere ketika mula menjadi model pada 2012. Bagi saya bidang peragaan ini agak mencabar kerana sentiasa perlu mencari ilmu  bagi memperbaiki teknik dan pose menarik ketika sesi fotografi mahupun pertandingan 'catwalk," katanya yang gemarkan fesyen yang ringkas tetapi menarik. 

Pada masa hadapan, dia berharap untuk menjadi model muslimah berjaya dan pada masa sama mempunyai kerjaya tetap.  

 

Biodata

Nama: Amirah Khairani Bt Hamdan

Umur: 24 tahun

Tempat Lahir: Kuala Lumpur

Adik beradik: Anak kedua daripada 6 adik beradik

Cita-cita:  Ahli perniagaan 

Hobi: Bersukan, menyanyi, melakukan kerja sosial 

Makanan Kegemaran: Masakan ibu

Rancangan kegemaran: Hijab stailista & Safiyya 

Perkara tidak disukai: Buang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah

Ciri lelaki pilihan: Tidak tinggal sembahyang dan tidak merokok

Rancangan masa depan: Melancong dan menceburi bidang perniagaan


Amyra Khyra

  • 1 of 7
  • Amirah Khaira

  • Amirah Khairani 2

  • Amirah Khairani3

  • Amirah Khairani4

  • Amirah Khairani5

  • Amirah Khairani6

  • Amirah Khairani7

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan