X Close

Yakin Pada Diri Tiket Untuk Berjaya - Min

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TERSENARAI sebagai 20 peserta  Model Muslimah Malaysia mStar  sudah cukup mengujakan Yazminda Yaakob, 26, atau lebih dikenali sebagai Min. 

Menurut anak kelahiran Klang, Selangor ini adalah peluang terbaik untuk dia memulakan langkah menceburi bidang peragaan muslimah yang diminatinya sejak kecil lagi. 


"Saya sangat bersyukur sangat apabila tahu nama saya tersenarai dalam Top 20. Bagi saya inilah peluang terbaik untuk saya melangkah lebih jauh dalam bidang ini. 

"Kakak saya merupakan individu terpenting yang sering memberikan kata-kata perangsang agar saya mengambil peluang yang ada dalam bidang peragaan ini," katanya kepada mStar Online, di Verve Commerce baru-baru ini. 

Kakak pendorong utama Min melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan. - Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/THE STAR. 


Mula menjadi model sekadar memenuhi masa terluang ketika menuntut dalam bidang Pengurusan Seni Kulinari di Universiti Teknologi Mara (UiTM) beberapa tahun dahulu, merupakan pengalaman manis yang tidak boleh dilupakannya hingga ke hari ini. 

"Dulu saya selalu jadi model untuk sesi fotografi 'outdoor' bersama dengan rakan-rakan yang jadi jurukamera. 

"Disitulah saya mula mengenali teknik yang betul dan sesuai digayakan ketika sesi fotografi," katanya yang meminati Pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof.

Anak bongsu daripada empat beradik ini mengakui pada mulanya, keluarga terutama ibunya agak tidak yakin dia ingin menceburi bidang peragaan namun selepas dia memberikan penerangan yang jelas mengenai bidang peragaan muslimah akhirnya ibunya merupakan pendorong utama dia dalam bidang ini. 

Meminati gaya 'kasual chic', Min mengakui tidak boleh keluar rumah tanpa memakai bedak kompak, baginya ada yang tidak lengkap jika dia keluar tanpa memakai alat solek. 

"Saya suka fesyen yang ringkas, keana bagi saya minimalis itu anggun sebenarnya. Kalau tudung pula saya penggemar selendang keluaran, Sugar Scarft, kerana terdapat pelbagai warna serta corak menarik," katanya yang bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana pada tahun ini. 

Min meminati gaya 'chic' dan kasual.


Biarpun masih hijau dalam bidang peragaan, ternyata Min cukup optimis dirinya mampu melangkah lebih jauh dalam bidang tersebut. 

"Bagi saya apa pun yang kita lakukan perlu dapat restu daripada ibu bapa dan letakkan keyakinan kepada Allah. Dalam bidang peragaan ini kita perlu berani mencuba dan yakin pada kemampuan diri sendiri. 

"Namun saya akan cuba melakukan yang terbaik dalam pertandingan ini. Persiapan saya untuk ke peringkat seterusnya, saya lebih banyak membaca majalah fesyen dan melihat YouTube untuk memperbaiki teknik 'pose' yang terkini ketika sesi fotografi," katanya.




Biodata

Nama: Yazminda Yaakob

Umur: 26 tahun

Tempat lahir: Klang, Selangor. 

Adik beradik: Anak bongsu daripada empat beradik 

Cita-cita: Pendidik berjaya

Hobi: Melayari internet

Makanan kegemaran: Makan sambal goreng udang

Rancangan kegemaran: how do i look?, sweet genius, project runaway

Perkara tidak disukai: Lipas, orang yang tiada kesedaran sivik

Ciri lelaki pilihan: Beriman, berani dan bertanggungjawab


Min

  • 1 of 7
  • Min1

  • Min2

  • Min3

  • Min4

  • Min5

  • Min6

  • Min7

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan