X Close

Nurul Berangan Jadi Model Sejak Kecil

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADA mulanya, si gadis ini menceburi bidang peragaan sekadar ingin membantu rakannya, namum akhirnya Nurul Mardiana Roslan, mengakui jatuh cinta dan berhasarat menjadikan ia sebagai kerjaya.

Bagaimanapun, gadis kelahiran Kuantan,  Pahang yang lebih mesra dengan panggilan Nurul ini berkata, dia lebih selesa menjadikan kerjaya dalam bidang peragaan sebagai kerja sampingan buat sementara waktu.

"Saya terjun ke bidang modelling ini secara tidak sengaja. Semuanya bermula bila rakan meminta saya menjadi model untuk produk keluaran mereka.

"Sejak itu saya akui mula jatuh cinta dengan bidang modelling ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Verve Commerce baru-baru ini.

Mula menceburi bidang peragaan secara sejak awal 2014, gadis berusia 29 tahun ini yang turut menyertai Model Muslimah Malaysia mStar berharap dapat melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu.

"Saya tidak terlalu berharap namun berjanji akan memberikan persembahan terbaik.

"Keluarga sering memberikan galakan kepada saya untuk melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan ini," katanya yang meminati pelakon dan model Natasha Hudson.

Nurul turut mengakui sejak kecil dia suka berangan-angan seperti model dihadapan cermin.

"Ibu selalu cakap saya suka berangan macam model masa kecil, tak sangka bila dah besar saya jadi model sambilan.

"Umpama angan-angan jadi kenyataan," katanya yang menggemari selendang keluaran pereka fesyen Mimpikita.

Bercerita mengenai hobinya, gadis tinggi lampai ini berkata, dia akan pergi melancong sekurang-kurangnya dua kali setahun.

"Tak kisah bercuti di dalam mahupun luar negara. Apa yang lebih utama saya dapat habiskan masa bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

"Pada masa sama, saya dapat merehatkan minda dan menjauhkan diri seketika daripada kesibukan kerja di Kuala Lumpur," katanya tidak boleh meninggalkan telefon bimbit dan beg solek kecil setiap kali keluar rumah.


Biodata:

Name : Tengku Nurul Mardiana Roslan

Umur : 29 tahun

Tempat lahir: Kuatan, Pahang

Adik beradik : Anak kedua daripada lima beradik

Hobi : Melancong dan memasak

Makanan kegemaran : Masakan Thai dan Perancis

Rancangan kegemaran : Gossip Girl dan Keep Up With Kardashian

Perkara tidak disukai : Memancing

Ciri lelaki pilihan : Lelaki yang mementingkan keluarga 


 

Nurul

  • 1 of 7
  • Nurul1

  • Nurul2

  • Nurul3

  • Nurlu4

  • Nurul5

  • Nurul6

  • Nurul7

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan