X Close

Angah Berbakat Lukis Inai Pengantin

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BIARPUN sudah hampir enam tahun terlibat dengan bidang peragaan, namun Nur Syafinaz M.Roslan, mengakui dia masih gementar setiap kali menghadiri sesi penggambaran iklan mahupun fotografi. 

 

Syafinaz yang lebih panggilan Angah mula berlakon iklan Coca-Cola ketika usianya 18 tahun, biarpun penat namun bagi anak kelahiran Negeri Sembilan ini, pengalaman yang diperolehinya cukup berharga dan sukar dilupakan sehingga kini. 

"Pada awalnya saya menyertai bidang peragaan ini untuk mencabar diri sendiri supaya keluar dari zon selesa dan melihat sejauh mana saya boleh pergi dalam bidang ini disamping meningkatkan tahap keyakinan diri. 

"Kalau saya duduk di takuk sama, saya tidak akan dapat menjadi insan yang lebih baik dan bermula dari situlah saya membina kenyakinan diri dan akhirnya mula terima tawaran sedikit demi sedikit," katanya kepada mStar Online di Mutiara Damansara baru-baru ini.

Angah mula terlibat dalam bidang peragaan sejak berusia 18 tahun.
 

Berusia 24 tahun, nyata Angah cukup bertuah kerana ketika di universiti dia turut mengambil jurusan komunikasi massa, di sana dia mendapat peluang yang lebih terbuka kerana pernah menjadi pengacara serta pelakon dalam sesi penggambaran yang dijalankan untuk kerja kursus. 
 
"Ketika belajar di universiti, saya mengambil jurusan komunikasi massa, saya sudah mempunyai pengalaman terlibat dengan sesi penggambaran dan fotografi. 

"Pengalaman asas itu saya sudah ada, sebab saya sendiri yang menjadi 'talent' dalam projek yang dihasilkan untuk kerja kursus di universiti," katanya yang meminati model tempatan, Ameera Zainal. 

Angah bercita-cita membuka butik pakaian sendiri. 


Bukan sekadar minat menjadi model, malah anak kedua daripada empat beradik ini menawarkan perkhidmatan melukis inai atau hena kepada pasangan pengantin. 

"Saya memang ada menawarkan khidmat melukis inai kepada pasangan pengantin disamping mengusahakan perniagaan online. Selalunya tempahan melukis hena diterima pada musim cuti sekolah dan hujung minggu," katanya. 

Gemar fesyen yang ringkas, Angah tidak malu mengakui dirinya bukan seorang yang memakai sesuatu mengikut fesyen, dia lebih suka mengenakan sesuatu yang selesa dan sesuai dengan keadaan bagi mengelak dirinya menjadi mangsa fesyen. 

"Saya tak suka ikut trend semasa kerana ia boleh membunuh gaya berfesyen terutama jika fesyen tersebut tidak sesuai dengan diri anda. Kalau hendak berfesyen anda perlu selesa dengan apa yang hendak dipakai.   

"Kalau tak selesa, seseorang itu akan dilihat seperti merosakkan fesyen itu sendiri," katanya yang gemar membawa tas tangan ke mana sahaja sebagai pelengkap gaya.  

Justeru, dia menasihatkan wanita muslimah yang ingin menceburi bidang peragaan supaya berani mencuba dan siapa tahu bidang ini boleh menjana pendapatan yang lumayan kepada mereka.

Ditanya perasaannya tersenarai sebagai finalis Model Muslimah Malaysia mStar, Angah nyata terkejut ketika mendapat tahu dirinya terpilih. 

"Saya sangat terkejut ketika dimaklumkan terpilih sebagai Model Muslimah Malaysia mStar. Macam tak percaya pun ada. 

"Kalau ada rezeki, saya berharap tersenarai antara calon Top 5. Saya akan cuba yang terbaik, dan jika menang sudah pasti ia satu bonus kepada saya," katanya mengakhiri perbualan.


Biodata

Nama: Nur Syafinaz M. Ruslan

Umur : 24 tahun

Tempat Lahir: Hospital Pakar Al-Islam, Kg Baru

Adik beradik: Anak kedua 

Cita-cita : usahawan berjaya 

Hobi: Tengok Youtube (make up tutorial ) , melukis dan mewarna

Makanan kegemaran : tiada yang spesifik, apa sahaja masakan yang pedas dan sedap

Rancangan kegemaran: semua cerita yamg ade kaitan dengan Korea ( k pop/ variety shows / drama / movies )

Perkara yang disukai : menunggu

Ciri lelaki pilihan : memahami, sentiasa menyokong dan tolak ansur




Nur Syafinaz Angah

  • 1 of 7
  • Angah1

  • Angah2

  • Angah3

  • Angah4

  • Angah5

  • Angah6

  • Angah7

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan