X Close

Shakira Tak Kekok Beraksi Depan Kamera

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BIARPUN kali pertama hadir pada sesi fotografi nyata gadis manis kelahiran Terengganu ini tidak kekok untuk beraksi dihadapan kamera. 

Wan Nor Shakira Wan Sulong, 27, menyifatkan pengalaman menyertai sesi fotografi sebagai kenangan manis yang sukar untuk dilupakan disamping dapat membina keyakinan diri. 

"Hakikatnya inilah kali pertama saya hadir sesi fotografi, walaupun pada mulanya saya agak gementar, timbul pula rasa seronok sebab dapat jumpa ramai kawan baru," katanya kepada mStar Online di  Verve Commerce, Mutiara Damansara baru-baru ini.

Shakira tidak kekok kali pertama hadir sesi fotografi. Foto RICKY LAI/THE STAR.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Shakira ini berkata peluang menyertai Model Muslimah Malaysia mStar ibarat 'bulan jatuh ke riba' kerana dia memang berhasrat untuk terlibat dalam bidang peragaan satu hari nanti.

"Memang daripada dahulu lagi saya mempunyai hasrat untuk jadi model dan bila ada peluang sebegini hadir saya rasa inilah peluang terbaik untuk saya mencuba sesuatu yang berbeza. 

"Ini juga salah satu cabaran untuk saya mencari kekuatan diri dan keluar daripada 'zon selesa' sebelum ini," katanya.

Shakira gemar bermain tenis pada waktu lapang.

Ditanya siapa individu yang memperkenalkannya dalam bidang peragaan muslimah, Shakira berkata rakan tenis beliau yang juga seorang juru solek artis merupakan individu yang memainkan peranan penting membawanya ke bidang berkenaan. 

"Rakan tenis saya yang juga seorang 'make-up artist' tanpa rasa jemu memujuk saya untuk terlibat sebagai model," katanya yang berkhidmat sebagai koordinator projek dalam bidang teknologi maklumat. 

"Konsep pakaian saya lebih suka yang funky kerana saya suka mix and match. Namun saya lebih selesa pakai seluar jeans dan 't-shirt' kalau keluar rumah. Untuk baju kurung saya gemar baju rekaan Hatta Dolmat kerana potongannya nampak moden dan kainnya selesa dipakai," katanya.  

Apa yang diharapkan dalam bidang peragaan ini, Shakira, berkata sekiranya mempunyai peluang dia ingin mengembangkan bakatnya dalam bidang peragaan, dia akan menimbangkan untuk menjadikan bidang peragaan sebagai kerjaya sepenuh masa. 

"Saya tidak ada seorang model idola kerana saya lebih menggemari gaya ala hipi, kerana saya lebih suka 'mix and match' fesyen dengan warna. 

"Keluarga memberi sokongan penuh kepada saya. Untuk pergi jauh dalam bidang peragaan ini apa yang penting anda perlu selesa dengan apa yang anda pakai. 

Apa juga keputusannya, bagi Shakira, dia tidak mengharapkan apa-apa daripada pertandingan Model Muslimah Malaysia mStar sebaliknya dia ingin menimba pengalaman dan pergi lebih jauh dalam bidang peragaan muslimah ini. 

Biodata

Nama : Wan Norshakira Wan Sulong 

Umur : 27 
 
Tempat Lahir : Kuala Terengganu 

Adik beradik: Anak ke-3 daripada empat beradik  

Cita-cita : Mempunyai perniagaan sendiri 

Hobi : Aktif dalam aktiviti fitness seperti marathon, weight training serta yoga 

Makanan kegemaran: Tiada makanan tertentu tapi lebih menggemari makanan yang sihat 

Rancangan kegemaran : Travel Channel 

Perkara tak disukai : Orang yang tidak menepati janji 

Ciri lelaki pilihan : Tidak merokok, matang serta aktif bersukan 

Rancangan masa depan: Menjadi usahawanita yang berjaya


Shakira

  • 1 of 6
  • Shakira1

  • Shakira2

  • Shakira3

  • Shakira4

  • Shakira5

  • Shakira6

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan