X Close

Rubi Sanggup Tolak Tawaran Jadi Model Tidak Berhijab

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEMPUNYAI prinsip yang tegas dalam hidupnya membuatkan Rabiatul Adawiyah Abdul Rahman, 23, sanggup menolak tawaran untuk menjadi model tidak berhijab.

Berkat kesabarannya akhirnya, anak kelahiran ibu kota Kuala Lumpur ini berjaya mendapat tawaran untuk menjadi model muslimah pada tahun lalu. 

Meminati bidang peragaan sejak kecil lagi, dia yang lebih mesra dengan panggilan Rubi berkata rakan baiknya, Safwan Arshad yang juga seorang jurugambar merupakan individu yang bertanggungjawab membawanya mengenali bidang peragaan ini. 

"Saya banyak terlibat dengan sesi fotografi bersama dia (Safwan), pada awal tahun 2014, sejak itu saya mula dapat kenyakinan diri untuk bergiat lebih aktif dalam bidang peragaan muslimah. 

"Sebab itu saya sangat teruja bila dapat tahu saya tersenarai sebagai Top 20 Model Muslimah Malaysia mStar, peluang sebegini memang tidak wajar dilepaskan," katanya kepada mStar Online di Verve Commerce, Mutiara Damansara baru-baru ini.

Suami tidak pernah menghalang Rubi bergiat aktif dalam bidang peragaan

Suka gaya menyuai padan baju yang dipakainya, anak bongsu daripada tujuh beradik ini mengakui dia menggemari warna-warna terang seperti oren dan merah. 

Bertanya mengenai kerjanya, pasti anda terkejut, nampak sahaja dia kecil molek sebaliknya dia mempunyai kekuatan mental yang cukup teguh kerana bergiat aktif sebagai 'trader saham'. 

"Pasti ramai yang tak percaya...Saya memang terlibat dengan bidang bisnes sejak menuntut di universiti lagi, 

"Sudah dua tahun saya bekerja sendiri sebagai online trader, dalam bidang stok dan saham," katanya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Rubi meminati bidang perniagaan sejak menuntut di universiti. 

Ditanya persiapannya dalam menyertai pertandingan Model Muslimah Malaysia mStar, Rubi berkata dia banyak membuat rujukan di laman YouTube dan Instagram

"Saya akui agak berdebar-debar juga menunggu keputusan peringkat seterusnya, apa pun saya akan buat yang terbaik untuk pertandingan ini," katanya yang meminati model muslimah Engku Sulwani. 

Apa pun, bagi Rubi sekiranya dia berjaya ke peringkat akhir, dia tetap tidak akan lupa kata-kata ibunya yang sentiasa menjadi azimatnya sehingga kini, agar dia tidak mudah lupa asal usul apabila sudah bergelar model yang berjaya satu hari nanti. 




Biodata

Nama: Rabiatul Adawiyah Abdul Rahman.

Umur: 23 tahun 

Tempat lahir: Hospital Pantai, Kuala Lumpur. 

Adik beradik:  Anak ke-5 daripada 7beradik. 

Cita-cita: Ingin  model yang berjaya. Pada masa akan datang ingin jadi seorang  make-up artist dan photographer. Dan akhir sekali untuk mempunyai label pakaian sendiri. 

Hobi: Bersenam. Membuat hasil seni sendiri. 

Makanan kegemaran: Tom Yam dan lamb chop. 

Rancangan kegemaran: Rancangan memasak dan Ranma 1/2. 

Perkara tidak disukai: Tidak suka kepada apa juga jenis serangga termasuk rama-rama, kerana trauma ada rama-rama besar size 36cm hinggap dekat hidung. 

Ciri lelaki pilihan: Tinggi lampai, kacak, berkulit sawo matang, rambut lurus, pandai berjenaka dan pandai mengambil hati serta menjaga agama.


Rubi

  • 1 of 7
  • Ruby1

  • Photo Item

  • Ruby3

  • Ruby

  • Ruby5

  • Ruby6

  • ruby7

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan