X Close

Rara Sering Kena Marah Sebelum Jadi Model

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MULA menceburi bidang peragaan muslimah sejak dua tahun lalu, Siti Raudhah Mokhtar atau lebih mesra dengan panggilan Rara bercita-cita ingin menjadi model muslimah berjaya suatu hari nanti. 

Menurut anak kelahiran Kuala Lumpur ini, bakatnya dalam bidang peragaan ini mula dikenalpasti oleh pemilik butik online hijab.com, Norlela Nasir dua tahun lalu.

Rara meminati model Zahnita Wilson dan Zarina Zainuddin.-Foto RICKY LAI/THE STAR.


"Kak Lela orang pertama yang membawa saya dalam bidang ini, saya cukup berterima kasih kepada beliau kerana hampir setahun juga dia mengajar saya teknik asas dalam bidang peragaan. Dia tidak lokek ilmu dan mengajar saya dengan penuh dedikasi.

"Biarpun pernah kena marah, namun bagi saya ia pengalaman yang sangat berharga untuk menjadi seorang model," katanya kepada mStar Online  baru-baru ini. 

Ditanya mengapa beliau menyertai Model Muslimah Malaysia mStar, gadis tinggi lampai ini berkata, dia ingin mengembangkan bakatnya dalam bidang peragaan dan mencari platform untuk menembusi pasaran antarabangsa. 


"Saya memang meminati bidang peragaan dan saya menyertai pertandingan ini bukan sekadar untuk mengejar glamour semata-mata. Fesyen muslimah pada hari ini berkembang dengan begitu pesat dan saya melihat peluang menyertai pertandingan ini merupakan batu loncatan kepada saya untuk melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan.

"Saya sangat teruja dan tidak sabar menantikan pertandingan ini bermula," katanya yang meminati model dan pelakon, Zahnita Wilson dan Zarina Zainuddin. 

Bekerja sebagai konsultan khidmat pelanggan banyak membantu membina kenyakinan dirinya.


Biarpun berkhidmat sebagai konsultan khidmat pelanggan di Etiqa Takaful, gadis berusia 24 tahun ini berkata, dia beruntung kerana mempunyai majikan yang sangat memahami minatnya serta sering memberi pelepasan sekiranya perlu menghadiri sesi fotografi. 

"Saya sangat beruntung kerana bos dan rakan sekerja sangat memahami dan menyokong minat saya dalam bidang peragaan muslimah. Keluarga, terutama ibu saya juga memberi sokongan dan galakkan supaya saya berusaha lebih gigih. 


"Kadang-kadang mereka yang carikan tawaran peragaan untuk saya," katanya yang berharap berjaya ke peringkat akhir Model Muslimah Malaysia mStar.

Bercerita lanjut mengenai kisah sebelum menyertai bidang peragaan, Rara berkata, pada semester akhir ketika menuntut di Kolej Unikop di ibu negara, badannya sedikit berisi, ketika itu dia telah dicabar supaya menurunkan berat badan. 

"Alhamdulillah saya berjaya menyahut cabaran tersebut dan selepas itu barulah saya mempunyai keyakinan diri untuk menceburi bidang peragaan ini dan selepas itu jugalah saya mula terima tawaran untuk menjadi model muslimah sedikit demi sedikit," katanya. 

Anak kedua daripada enam adik beradik ini juga gemar membeli belah secara atas talian seperti di Instagram dan Facebook, kerana menurut Rara kebanyakan penjual online menjual produk dengan gaya fesyen terkini mengikut trend semasa. 

Mengakui bukan mudah untuk menjadi model, Rara berkata, dia banyak meluangkan masa membaca buku mengenai fesyen dan menonton rancangan berkaitan fesyen di televisyen. 

"Saya suka membaca buku mengenai fesyen seperti Hijabista selain menonton rancangan berkaitan fesyen untuk melihat gaya model beraksi dalam sesebuah pertandingan. 

"Saya juga sering melakukan latihan seperti 'catwalk' di hadapan cermin untuk menambahkan kenyakinan diri ketika menyertai sesi fotografi, " katanya yang menggemari fesyen 'mix and match' dengan menggayakan tudung dengan stail terkini serta kardigan.

Mengenai perancangan masa depannya, Rara ingin membuka butik online yang menjual busana muslimah dengan fesyen terkini, namun buat masa sekarang membina nama dalam bidang peragaan muslimah adalah fokus utamanya. 

Biodata

Nama: Siti Raudhah Mokhtar

Umur: 24

Tarikh lahir:  27 Mac 1990

Tempat Lahir: Hospital Pusrawi Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Tempat tinggal: Teluk Intan, Perak

Adik beradik: Anak kedua daripada enam beradik 

Cita-cita: Ahli perniagaan berjaya, melancong ke luar negara dan menjadi anak yang berguna kepada ibu bapa.

Hobi: Membaca pelbagai bahan ilmiah dan haiwan,  bersukan khususnya badminton, bowling, aktiviti riadah seperti berkebun dan bermain basikal di taman

Makanan kegemaran: tom yam,  semua jenis laksa, ice cream,  kek terutamanya perisa coklat. 

Rancangan kegemaran: menonton filem aksi, filem seram dan cerita hantu walaupun seorg yg penakut serta sukakan dokumentari mengenai haiwan dan serangga. 

Perkara yang tidak disukai: Orang yang berjanji tetapi lewat atau mungkir janji, org yang suka mengampu dan lipas. 

Ciri lelaki idaman: Boleh terima saya seadanya,  tidak sombong, tidak panas baran,  bertanggungjawab,  penyabar, romantik serta memahami.

Rancangan masa depan:  Memiliki butik pakaian yang menggunakan jenama sendiri dan ingin terus aktif sebagai model muslimah.


Rara

  • 1 of 7
  • Rara1

  • Rara2

  • Rara3

  • Rara4

  • Rara5

  • Rara6

  • Rara6

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015
Tags / Kata Kunci: Rara , Model Muslimah Malaysia mStar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan