X Close

Pelajaran Tak Halang Elisha Aktif Di Pentas Peragaan

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

USIANYA baru menginjak 19 tahun namun gadis manis kelahiran Pulau Mutiara ini tampak begitu bersahaja, selesa dan bijak beraksi didepan kamera. 

Nurul Adila Hussain, yang lebih mesra dengan panggilan Elisha ini mengakui, walaupun bergelar mahasiswi, namun bidang peragaan bukanlah halangan untuk dia menggengam segulung ijazah satu hari nanti. 

Mengakui dirinya masih baharu dalam bidang peragaan muslimah, namun Elisha mengakui dia mula jatuh cinta dengan bidang tersebut apabila menghadiri sesi fotografi buat kali pertama. 

Ibu banyak memberikan sokongan kepada Elisha. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/THE STAR.

"Saya menyertai bidang peragaan ini sebab hendak cari pengalaman, bila sudah mula dapat tawaran dan hadir sesi fotografi, saya mula meminati bidang ini. Saya mula rasa seronok dan pada masa yang sama dapat menambah kenalan baharu. 

"Saya tak sangka akan tersenarai sebagai finalis Model Muslimah Malaysia mStar. Sebab tak pernah ada pengalaman menyertai mana-mana pertandingan sebelum ini. 

"Bila dapat e-emel untuk 'casting' saya sangat teruja, kerana saya masih baharu sangat dalam bidang peragaan ini," katanya kepada mStar Online di Verve Commerce, Mutiara Damansara baru-baru ini. 

Pada masa sama, menurut Elisha penglibatannya dalam bidang peragaan ini sedikit sebanyak dapat menambah duit poket serta boleh tampung pengajiannya.

Elisha gemar fesyen yang ranggi. 


Menceritakan, detik awal dia menceburi bidang peragaan pada awal tahun ini, anak bongsu ini berkata, dia memberanikan diri menghadiri sesi fotografi pencarian model dan mula menjadi model secara sambilan. 

"Pengalaman yang paling saya tidak boleh lupakan sejak terlibat dalam bidang peragaan ini ialah ketika saya terlibat dengan 'The Queens Project'. 

"Ia merupakan sesi fotografi yang paling indah dalam hidup saya, kerana kru team projek ini sangat best," katanya yang gemar menggayakan fesyen ranggi serta memakai turban. 

Walaupun masih belajar, Elisha nyata bijak membahagikan masa, kerana baginya untuk berjaya dalam hidup pelajaran juga penting untuk masa hadapan. 

"Buat masa ini saya tidak lihat bidang peragaan menggangu masa belajar saya, lagipun saya hanya terima tawaran ketika tiada kelas. 

"Saya sendiri perlu bijak menyusun masa untuk belajar dan hadir sesi fotografi atau modelling," katanya. 

Mengakui bukan mudah untuk menjadi model, Elisha berkata, dia sering menjadikan teguran yang diterima daripada mereka yang pakar sebagai nasihat berguna untuk memperbaiki gaya dan persembahannya dalam bidang peragaan. 

"Saya tidak pernah lagi menghadiri kelas peragaan secara formal, setakat ini saya banyak belajar ketika sesi fotografi, selalunya jurukamera yang banyak membantu saya untuk memberikan 'pose' terbaik ketika sesi fotografi. 

"Bagi saya teguran yang mereka berikan dapat membantu menghasilkan sesuatu pose dengan teknik yang betul," katanya yang mengambil jurusan pengurusan sumber manusia di Kolej Poly-Tech Mara di ibu kota. 

Elisha mengakui keluarga memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya untuk bergiat aktif dalam bidang ini, terutama ibunya. 

"Ibu saya sangat sporting, dia penyokong nombor satu saya. Pertama kali saya terlibat dengan sesi fotografi, ibu sangat seronok, dia terus memuat naik gambar saya di akaun Instagramnya. 

"Namun dia selalu nasihatkanya saya supaya tidak hilang fokus terhadap pelajaran," katanya yang meminati model muslimah seperti Heliza dan Diana Emir. 

Sebaik sahaja mendapat tahu dirinya tersenarai sebagai Model Muslimah Malaysia mStar, Elisha nyata teruja dan dia mula belajar teknik asas 'make-up' serta gaya berpakaian yang sesuai mengikut majlis.



Biodata

Nama: Nurul A'dilah Hussain

Umur: 19 tahun 

Tempat lahir: Pulau Pinang 

Adik beradik: Anak kedua daripada tiga beradik 

Cita-cita: Pensyarah 

Hobi: Membeli belah, buat sesuatu yang kreatif dan memasak 

Makanan kegemaran: Chicken chop

Rancangan kegemaran : Tiada rancangn kegemaran

Perkara yang tidak disukai: Ditipu, dihina dan caci 

Ciri lelaki pilihan: Lelaki yang baik hati, memahami dan setia.

Adilah

  • 1 of 7
  • Adilah1

  • Adilah2

  • Adilah3

  • Adilah4

  • Adilah7

  • Adilah6

  • Adilah5

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan