X Close

Peragaan Tak Halang Rai Capai Impian Jadi Pakar Dalam Bidang Pemakanan Halal

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BIARPUN pelajaran merupakan keutamaan dalam kehidupannya, Noor Suliya Raihan Yahya, tidak mensias-siakan bakatnya dalam bidang peragaan muslimah.

Mula menceburi bidang peragaan sejak menuntut di peringkat diploma lagi, anak kelahiran negeri Terengganu berusia 24 tahun ini nyata bijak mengatur langkahnya dalam bidang seni tanpa mengabaikan pelajarannya. 

Bercita-cita untuk menjadi pakar dalam bidang pembangunan makanan halal suatu hari nanti, gadis yang lebih mesra dengan panggilan Rai ini nyata seorang yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Rai ingin menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah. - Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/THE STAR.
 

"Saya terlibat dengan bidang peragaan ini sejak saya menuntut di peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) lagi. Kawan saya yang juga seorang jurufoto merupakan insan yang bertanggungjawab membawa saya mengenali bidang peragaan ini. 

"Pada masa sama, saya juga banyak mendapatkan tips daripada mereka yang pakar,seperti model Farahanim Razak, dia merupakan mentor saya dalam bidang peragaan ini," katanya kepada mStar Online di Verve Commerce, Mutiara Damansara, baru-baru ini. 

Ditanya mengenai perancangan masa depannya, Rai berkata, dia ingin menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah dalam tempoh tiga tahun lagi. 

"Saya ingin berbakti kepada masyarakat terutamanya dalam bidang pemakanan halal ini. Saya berharap ilmu yang saya ada ini dapat dikongsikan dengan masyarakat Islam di negara ini.

"Bidang peragaan ini tetap akan menjadi kerjaya kedua saya kerana minat yang mendalam dalam bidang ini," katanya yang bercita-cita untuk membuka butik pakaian muslimah untuk kanak-kanak suatu hari nanti. 

Rai ingin jadi saintis berjaya satu hari nanti. 

Anak sulung daripada tujuh beradik ini mengakui, ibunya merupakan insan paling penting di sebalik penglibatannya sebagai model. 

 "Ibu merupakan penyokong setia saya, apa yang saya buat ini pun kerana dia," katanya yang menyerahkan keputusan pertandingan Model Muslimah Malaysia mStar ditangan juri dan pengundi. 

Sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana, Rai mengakui masa itu ibarat emas, dan ia perlu dimanfaatkan sebaiknya. 

"Bagi mereka yang terlibat dalam bidang sains ini, masa itu musuh utama kami, sebab banyak masa perlu dihabiskan di makmal. 

"Justeru, saya akan hanya terima tawaran untuk sesi fotografi bila saya benar-benar mempunyai kelapangan masa," katanya pernah dilantik sebagai duta tudung bagi butik Amra Collection. 


Biodata

Nama: Noorsuliya Raihan Yahaya

Umur: 24 tahun 

Tempat Lahir: Hospital Besar Kuala Terengganu

Adik beradik: Anak sulung daripada tujuh beradik

Cita-cita : Saintis

Hobi: Berenang 

Makanan kegemaran: Nasi air terengganu

Rancangan kegemaran: Kitchen Nightmares

Perkara yang tidak disukai: Jadi mangsa keadaan

Ciri lelaki pilihan: Beriman, setia, kelakar dan tidak panas baran.



 


Raihan

  • 1 of 7
  • Rai1

  • Rai2

  • Rai3

  • Rai4

  • Rai5

  • Rai6

  • Rai7

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan