X Close

Jijie Penggemar Elemen Vintaj

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENGGEMARI elemen vintaj berfesyen sedikit sebanyak mempengaruhi sikap peribadi anak kelahiran bumi kenyalang, Lia Asmizza Mohd Redzuan. 

Gadis tinggi lampai ini mengakui pada awalnya dia tidak yakin dapat melangkah jauh dalam bidang peragaan muslimah. Namun semuanya berubah selepas dia tersenarai sebagai Top 10 Pencarian Wanita Melayu, anjuran Plaza Masalam di Shah Alam pada 2013. 

"Banyak pengalaman yang dapat saya kutip ketika menyertai pertandingan itu, ia sedikit sebanyak menjadikan saya lebih yakin untuk pergi lebih jauh dalam bidang peragaan. 

"Teman serumah saya yang juga pelajarjurusan fesyen merupakan individu banyak memberikan inspirasi serta galakan kepada saya. Walaupun dia berbadan besar dia mempunyai tahap kenyakinan diri yang tinggi, saya banyak belajar daripada dia," katanya kepada mStar Online di Verve Commerce baru-baru ini. 

Jijie banyak menimba pengalaman daripada model yang lebih senior dalam bidang peragaan. - Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/THE STAR. 


Untuk menjadi model yang berjaya, Lia yang lebih mesra dengan panggilan Jijie ini setiap peluang yang diterima itu perlu dimanfaatkan sebagai mungkin jika ingin terus berjaya dalam bidang peragaan. 

"Peluang itu hanya datang sekali, tak salah jika kita terima dan dari situ kita boleh lihat ke mana hala tuju kita dalam bidang peragaan. 

"Jangan berhenti belajar..kita tidak harus malu untuk bertanya dan mendapatkan nasihat daripada model-model telah lama mencipta nama. Tidak salah jika kita mengorek tips bagaiamana untuk berjaya daripada mereka," katanya yang meminati Indah Nada Puspita, blogger fesyen yang kini menjadi model terkenal di Indonesia.

Bercerita mengenai perancangan masa depannya, Jijie mengakui dia kini lebih senang untuk menerima tawaran belakon beberapa buah drama tempatan sementara mendapat pekerjaan tetap. 

"Setakat ini saya sudah berlakon tiga hingga empat drama bersiri antaranya Cinta Zahirah, Delina dan Cinta Perempuan. Banyak pengalaman baharu yang dapat saya timba dengan berlakon drama, walaupun hanya memegang watak sebagai pelakon tambahan. 

"Hasil daripada mengikuti kelas lakonan dengan bekerja dengan pihak produksi, banyak meningkatkan tahap keyakinan saya secara tidak langsung," katanya yang bercita-cita membuka kedai pastri dan kek pada tahun ini. 

Jijie tidak mementingkan jenama dalam berfesyen. 

Tidak mementingkan jenama dalam berfesyen, Jijie yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Kimia (Analisis Forensik) berkata dia tidak kisah untuk menggayakan pakaian lama dengan 'style' baharu asalkan ia sesuai dengan tema majlis tersebut 

"Saya seorang yang ringkas dan suka 'mix and match'. Baju lama pun saya akan pakai balik. Jenama tidak penting, yang utama 'style' yang digayakan itu sesuai mengikut tema majlis yang dihadiri," katanya yang akan memastikan pin tudung dan pelembap bibir sentiasa berada dalam tas tangan apabila dia keluar rumah.

Ditanya mengenai harapannya dalam pertandingan Model Muslimah Malaysia mStar yang disertainya, Jijie mengakui dia menjanjikan persembahan terbaik dan akan membuat 'kerja rumah' dengan menonton video model profesional di YouTube dan banyak membaca fesyen seperti Dara.com. 


Biodata

Nama : Lia Asmizza Mohd Redzuan

Umur: 25

Tempat lahir : Hospital Umum Sarawak  

Adik beradik : Anak sulung daripada enam beradik

Cita-cita  : Menjadi ikon serba boleh 

Hobi : Beriadah, berkaraoke , melayari Internet  

Makanan Kegemaran : Tom yam, Sushi, Laksa Sarawak , Laksa Penang 

Rancangan Kegemaran: Master chef, Jalan2 Cari Makan, National Geography  

Perkara tidak disukai : Orang yg suka memandang rendah terhadap org lain, kawan yg sebenarnya lawan 

Ciri-ciri lelaki pilihan: Hormat keluarga, tahu menyesuaikan diri, kelakar, berkebolehan (berdikari), bole membimbing,  kurang ego.


Lia Asmiza

  • 1 of 7
  • Lia1

  • Lia2

  • Lia3

  • Lia4

  • Lia5

  • Lia6

  • Lia7

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan