X Close

Ceburi Bidang Peragaan Bukan Untuk Glamour - Aini

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERNAH menjuarai pertandingan model muslimah hampir dua tahun lalu, nyata memberikan suntikan semangat kepada Aini Sakinah Abdul Razak, 26, untuk melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan muslimah. 

Anak kelahiran Melaka bandar raya bersejarah ini sering mengikuti kelas peragaan untuk menambahkan ilmu pengetahuan serta memperbaiki gaya 'posing' yang bersesuaian ketika sesi fotografi. 

Bagi Aini, belajar sesuatu ilmu yang baharu dapat memberikan kenyakinan diri yang ketika beraksi di pentas peragaan. 

Aini pernah menjuarai pertandingan pencarian tudung muslimah kira-kira dua tahun lalu. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/THE STAR.
"Pengalaman menyertai pertandingan Tudung Siti Murni (pembaca berita TV1, Siti Murni Abdul Aziz) dua tahun lalu, memberikan pengalaman indah yang tidak boleh saya lupakan. Tak sangka, dapat jadi juara kerana itulah kali pertama saya menyertai pertandingan. 

"Ketika menyertai pertandingan tersebut saya banyak belajar mengenai 'catwalk' dan pelbagai ilmu dalam bidang modelling melalui kelas yang dijalankan oleh Siti Murni sendiri," katanya kepada mStar Online di Verve Commerce, Mutiara Damansara, baru-baru ini. 

Menggemari gaya fesyen yang tersendiri, Aini nyata berani dalam berfesyen, dia lebih mementingkan keselesaan berbanding cakap-cakap orang di luar sana. 

"Saya mempunyai gaya tersendiri dalam berfesyen. Saya juga 'mix and match' dan 'colour block'. Saya tidak kisah dengan apa yang orang cakap yang penting saya selesa dengan apa yang saya pakai," katanya. 

Aini belum mempunyai perancangan menjadikan 'modelling' sebagai kerjaya sepenuh masa. 

Belum mempunyai perancangan menjadikan bidang peragaan sebagai kerjaya sepenuh masa, Aini yang lebih mesra dengan panggilan Aini Nurhaliza juga bercita-cita ingin membuka butik pakaiannya sendiri satu hari nanti. 

"Buat masa ini saya belum bercadang untuk menjadikan 'modelling' sebagai kerjaya sepenuh masa. Saya masih lagi bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat minyak dan gas. 


"Mungkin jika saya sudah ada butik sendiri dan jenama tudung sendiri baharulah saya boleh tumpukan sepenuh masa pada bidang peragaan," katanya yang meminati model muslimah, Amira Zaini. 

Mensasarkan untuk berada di Top 3 Model Muslimah Malaysia mStar, Aini berkata mereka yang ingin menceburi bidang ini tidak seharusnya memikirkan untuk glamour semata-mata. 

"Nasihat saya untuk mereka baru hendak jadi model, jangan fikir hendak glamour semata-mata, mereka perlu ada kesabaran dan minat. 

"Bukan sebab hendak keluar surat khabar atau majalah.  Kalau dah popular jangan lupa diri, keluarga dan lupa Allah, sebab apa yang kita buat perlu dapat restu daripada mereka," katanya yang meminati pakaian dan tudung keluaran butik Zawara.


Biodata


Nama : Aini Sakinah Abdul Razak

Umur : 26

Tempat Lahir : Melaka

Adik beradik : Anak sulung daripada tiga beradik 

Cita-cita: Ahli perniagaan

Hobi: Menyanyi, turut serta dalam setiap majlis yang ada  Datuk Siti Nurhaliza

Makanan kegemaran : Nasi Ayam Penyet

Rancangan kegemaran : Drama slot akasia, Akademi Fantasia

Perkara yang tidak disukai : Orang yang suka mengambil kesempatan

Ciri lelaki pilihan : Tidak merokok, baik, bertanggungjawab,pandai mengambil hati, boleh bergaul dengan kawan-kawan dan keluarga saya serta boleh membimbing.


Aini Nurhaliza

  • 1 of 7
  • Aini Nurhaliza1

  • Aini Nurhaliza2

  • Aini Nurhaliza3

  • Aini Nurhaliza4

  • Aini Nurhaliza5

  • Aini Nurhaliza6

  • Aini Nurhaliza7

x
Bagi mengundi model ini, sila rujuk langkah berikut:
  1. Kongsi artikel ini di Facebook - 5
  2. Kongsi artikel ini di Twitter - 5
  3. Embed video ini di media sosial - 5
  4. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Facebook - 10
  5. Nyatakan komen positif di artikel ini menerusi akaun Twitter - 10

Tempoh mengundi: 20 April - 20 Mei, 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan