X Close

Mengenai mStar

MStar Online dilancarkan sebagai portal berita bahasa Melayu Kumpulan Media The Star pada Ogos 2005 hasil cetusan idea Ketua Pengarang Kumpulan (kini CEO Kumpulan), Datuk Seri Wong Chun Wai.

Ia telah berkembang dari sebuah unit berita yang kecil kepada sebuah seksyen dalam Kumpulan Media The Star dengan kakitangan seramai 11 orang dan sedang terus berkembang melalui penambahan 11 lagi staf baru pada masa sekarang.

Sejak pelancarannya sehingga sekarang, mStar telah dikenali dan dirujuk sebagai salah sebuah portal berita hiburan terkemuka tanah air.

Namun begitu segmen berita semasanya turut mendapat perhatian ramai khususnya para pelajar universiti yang memilih mStar sebagai portal bacaan pilihan utama.

Portal ini yang akan muncul dengan wajah baru menjelang Mac memberi tumpuan dan fokus kepada;

  • perkembangan terkini industri hiburan,
  • berita semasa,
  • berita niaga & personaliti niaga,
  • berita politik & personaliti politik,
  • berita sukan & personaliti sukan,
  • berita jenayah,
  • berita mahkamah dan
  • berita dunia

Di samping itu mStar juga memberi ruangan khas untuk;

  • penjenamaan (branding) menerusi ruangan SUARA
  • gaya hidup,
  • rencana,
  • perkembangan di kampus,
  • permotoran,
  • fesyen & gaya,
  • karier,
  • jamu selera,
  • inspirasi - kisah yang menaikkan inspirasi anda,
  • tips bahasa dan
  • foto galeri

Tidak ketinggalan mStar dengan wajah baru akan turut muncul dengan segmen khas mstar dot tv (mstar.tv) yang bakal memaparkan;

  • Laporan berita semasa, hiburan dan sukan 3 kali sehari,
  • Talk Show Hiburan & Sukan seminggu sekali,
  • Zoom - iaitu pengambaran video artis & gaya hidup

Buat masa ini mStar mempunyai jumlah penggunjung unik (unique visitor) sebanyak 300-400 ribu sebulan dengan jumlah bacaan mukasurat (pageview) sebanyak 2.8 juta sebulan.

Jumlah ini sedang meningkat setiap hari dan dengan pengenalan wajah baru mStar yang lebih kemas, cantik, mesra pelanggan, mudah dilayari dan penuh dengan segmen baru, kami menjangkakan peningkatan ini akan meningkat kepada 1 juta pelayar unik dan 3.5 juta bacaan mukasurat pada masa hadapan.

Mstar Online kini diketuai oleh Pengarang Eksekutif, Encik Rozaid A. Rahman, dengan pengalaman 30 tahun dalam industri media cetak dan digital.

iklan

iklan

Iklan