suria

“Kalau berani tunjuk muka la” - Banjir dikaitkan dengan ajaran sesat, ramai berang dakwa akaun palsu hina bencana di Pantai Timur

Posting individu itu di Facebook mengundang kemarahan ramai netizen. FOTO: CA ZULKIFLE

TATKALA ramai berduka mengenangkan bencana banjir yang melanda negeri di pantai timur, ada pula individu yang seakan-akan tidak sensitif mengenai hal itu.

Posting Facebook seorang individu menggunakan nama Amalin Damia pantas menjadi tular sehingga dihujani pelbagai kecaman netizen.

Ia ekoran kenyataannya yang mengaitkan bencana di Kelantan dan Terengganu dengan ajaran sesat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk Pulau Redang kecut perut, lafaz syahadah ketika feri dibadai ombak besar - “Korang duduk bandar tahu apa?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tetap jadi kenangan yang abadi” - Debaran nak nikah belum selesai, kereta bawa pengantin tersangkut dalam banjir!

"Nampak Tuhan turunkan bala banjir di Kelantan dan Terengganu pasal mereka di sana mengamalkan ajaran sesat," demikian tulis individu itu.

Posting yang dimuat naik pada Ahad itu sehingga kini dikongsi hampir 400 pelayar Facebook dan masih belum dipadam.

Ia turut dihujani lebih 600 komen netizen yang mana rata-ratanya berang dengan kenyataan berkenaan.

Paparan skrin posting seorang individu yang menghina bencana banjir di pantai timur.

"Nak berpolitik boleh. Tapi bukan macam ni caranya. Sesuka hati apa yang nak dicakap.

"Penyakit hati ni. Bawa-bawa mengucap.

"Akaun palsu. Kalau berani tunjuk muka la. Kami doakan bala tu terpalit pada kau semula.

"Kesiannya, lapar perhatian ya?," tulis beberapa netizen.

Nampak Tuhan turunkan bala banjir di Kelantan dan Terengganu pasal mereka di sana mengamalkan ajaran sesat.

AMALIN DAMIA

PELAYAR FACEBOOK

Selain kecaman, netizen turut menggesa agar akaun laman sosial individu itu dilaporkan kepada pihak Facebook.

Tidak kurang juga yang meminta supaya dia bertaubat kerana bencana alam merupakan kejadian alam yang tidak boleh dikawal oleh manusia.

Setakat Selasa, seramai 10,207 penduduk terjejas akibat banjir di Kelantan manakala di Terengganu, 4,919 sudah dipindahkan ke pusat penempatan sementara.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
bencana alam, banjir, Terengganu, Kelantan

Artikel Lain