suria

“Tak perlu nyanyi, baik mengaji je” - Tak mengalah, malas layan ‘serangan’... pelajar law UIA terharu ramai puji cover lagu K-Clique

Shazlin merupakan bekas peserta Idola Kecil musim ketiga pada 2012.

LAGU Mimpi dendangan kumpulan hip-hop popular, K-Clique terus menjadi fenomena dalam kalangan anak muda masa kini.

Selain menjadi siulan ramai, tak kurang juga pelbagai versi cover yang wujud di Instagram, Twitter mahupun Youtube.

Terbaharu, cover lagu Mimpi yang dinyanyikan Shazlin Salamat, 21, berjaya mencuri perhatian warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak baik dalam kelas buat cikgu terkejut... tuu dia MK cilik tunjuk bakat terpendam! - “Atas pentas terus nampak lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu!

Menurut penuntut bidang perundangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu, dia bagaikan sukar percaya apabila alunan suaranya menerima reaksi positif netizen.

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Shazlin mendedahkan mula aktif membuat cover lagu sekitar 2017.

"Lagu Mimpi tu saya rakam Jumaat, esoknya saya post di Twitter. Terkejut bila viral.

Video nyanyian Shazlin tular di Twitter.

"Saya pun tak jangka ramai akan suka. Rasa terharu, bersyukur, teruja dan bersemangat untuk buat banyak lagi cover.

"Dalam cover tu saya main ukulele. Saya juga boleh main piano dan gitar. Ukulele dan piano saya belajar sendiri.

"Gitar pula ayah yang ajar. Ayah dulu boyband masa kat kampung," ujar anak kelahiran Tawau, Sabah itu.

Saya nak habiskan ijazah dulu. Kalau ada rezeki jadi penyanyi apa salahnya. Tapi saya juga tak akan tinggalkan bidang law.

SHAZLIN SALAMAT

Menurut Shazlin, dia juga tidak terlepas berhadapan komen-komen negatif sepanjang menghasilkan cover lagu sejak beberapa tahun lalu.

Enggan mengalah, dia sebaliknya mengambil komen berkenaan sebagai iktibar untuk terus mengorak langkah dan mengejar impian.

"Saya nak ucap terima kasih pada mereka yang selalu sokong saya. Tapi ada juga saya terima komen negatif.

"Ada yang kata tak perlu nyanyi, lebih baik mengaji je. Saya tak balas, tapi saya ambil sebagai iktibar.

Shazlin turut memiliki bakat bermain instrumen seperti ukulele, gitar dan piano.

"Makin dibalas, makin mereka serang, jadi saya abaikan je," ujarnya lagi.

Kata Shazlin, dia tidak menolak seandainya diberi ruang untuk menjadi penyanyi.

Namun, dia juga enggan mensia-siakan peluangnya dalam bidang perundangan memandangkan dia sudah memasuki tahun ketiga pengajian.

"Saya nak habiskan ijazah dulu. Kalau ada rezeki jadi penyanyi apa salahnya. Tapi saya juga tak akan tinggalkan bidang law," katanya lagi.

Untuk rekod, Shazlin sebelum ini merupakan peserta Idola Kecil musim ketiga, pada 2012.

Shazlin (kanan) bersama perserta Idola Kecil musim ketiga pada tahun 2012.

Dalam pada itu, video nyanyian Shazlin di Twitter sehingga kini menerima hampir 300,000 tontonan.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen termasuk yang meminta Shazlin menghasilkan versi penuh lagu Mimpi.

"Ini lebih baik dari versi asal kerana kamu nyanyikan dengan emosi.

"Lepak je dia rap. Kita cuba macam nak semput.

"Dengar kamu nyanyi sampai lupa bunyi versi asal lagu ni," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain