suria

Ingkar PKP: Heret ke mahkamah jika gagal bayar kompaun RM1,000 dalam masa 2 minggu - Ismail Sabri

Pada Rabu sahaja terdapat 769 sekatan jalan raya melibatkan 433,988 kenderaan.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mula menguatkuasakan kompaun bernilai RM1,000 ke atas mana-mana individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong dicop ‘kluster jengkel’, satu per satu perangai didedah... betul ke grup baru balik overseas banyak songeh? Doktor rindu geng tabligh

"Saya nak maklumkan mulai semalam, PDRM telah menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 ke atas sesiapa yang ingkar.

"Sehingga kini, 95 notis kompaun telah diserahkan kepada individu terbabit.

"Yang ingkar PKP, kita bawa ke balai polis dan beri kompaun," ujarnya.

Tambahnya, individu yang gagal membayar kompaun dalam tempoh dua minggu akan dihadapkan ke mahkamah.

Mengulas operasi harian PKP di seluruh negara, pada Rabu sahaja terdapat 769 sekatan jalan raya melibatkan 433,988 kenderaan.

Ismail turut mengumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membantu PDRM dalam pelaksanaan sekatan jalan raya di seluruh negara.

 

Artikel Lain