suria

Status quo di Kedah, Mukhriz kekal sebagai MB

Mukhriz kekal sebagai Menteri Besar Kedah selepas mendapat sokongan daripada ADUN Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu.

DATUK Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai Menteri Besar Kedah selepas mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

"Ia kini merupakan kerajaan Kedah yang terdiri daripada Bersatu dan Pakatan Harapan," kata Mukhriz pada sidang akhbar di kediaman rasminya di Seri Mentaloon, Alor Setar pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu umum keluar Pakatan Harapan

"Sebentar tadi saya mengadap Sultan Kedah dan memberi taklimat tentang keadaan semasa dan menyerahkan warkah penzahiran sokongan 18 wakil rakyat untuk saya kekal sebagai Menteri Besar," ujar Timbalan Presiden Bersatu itu lagi.

Beliau berkata Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menerima warkah penzahiran tersebut.

Mukhriz dalam masa yang sama menggesa rakyat supaya bertenang kerana Kedah tidak terjejas oleh pergolakan politik di Putrajaya. - THE STAR

Mukhriz, MB, status quo, Kedah

Artikel Lain