suria

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor

Hasni Mohamad.

BARISAN Nasional (BN) Johor bersama dengan PAS akan membentuk kerajaan baharu di negeri itu termasuk lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Pakatan Harapan yang lompat parti.

Pengerusinya, Datuk Hasni Mohamad berkata lima individu yang lompat parti itu adalah dari parti PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau berkata mereka dijangka menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar seawal Jumaat ini.

Hasni bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat dengan 17 Adun termasuk 14 dari Umno, dua dari MIC dan seorang dari PAS di ibu pejabat Umno Johor dekat Johor Baru pada Selasa.

"Saya menerima 17 Surat Akuan Berkanun (SD) hari ini dan saya menunggu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyerahkan 11 SD mereka.

"Kami juga akan menunggu lima SD dari lima Adun (dari PKR) sebelum bertemu Sultan Johor dengan nombor muktamad,' katanya pada Selasa.

Sementara itu, ditanya mengenai calon Menteri Besar, beliau berkata parti dengan majoriti terbesar akan memimpin negeri itu.

Johor mempunyai 56 Adun.

Ketika ini Umno mempunyai 14 Adun diikuti Bersatu (11), MIC (2) dan PAS (1).

Di Johor, DAP mempunyai 14 Adun diikuti PKR (5) dan Amanah (9).

BN Johor, PAS, Adun, Johor

Artikel Lain