suria

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan

PRESIDEN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan berkuat kuasa pada Isnin.

Berikut adalah kenyataan penuh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM):

Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti Bersatu juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.

PPBM, Muhyiddin Yassin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain