suria

Amanah sokong penuh Tun M kekal sebagai perdana menteri - Mat Sabu

Kenyataan itu dikongsi menerusi Facebook pada petang Isnin.

PRESIDEN Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dalam satu kenyataan menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir letak jawatan perdana menteri, pengerusi Bersatu

Berikut kenyataan penuh yang dimuat naik di laman sosial miliknya, kira-kira jam 3.30 petang Isnin.

Paparan skrin kenyataan di Facebook Mohamad Sabu.

Pada tengah hari Isnin, Dr Mahathir menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media mengesahkan perkara itu.

"Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Artikel Lain