suria

Statistik terbaharu koronavirus dari sidang media Menteri Kesihatan

Dr Dzulkefly mengadakan sidang media berhubung kes koronavirus selepas membuat lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 pada Ahad. Foto: Bernama

BERIKUT ialah statistik daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semasa persidangan media selepas melakukan lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kemasukan pelancong dari Wuhan sejak 23 Januari... kes koronavirus kekal 4

ARTIKEL BERKAITAN: TPM pengerusi mesyuarat bincang wabak koronavirus

- Tidak ada ketibaan pelancong dari Wuhan, China sejak 23 Januari, hari yang sama pihak berkuasa China menguat kuasakan pelaksanaan menutup bandaraya itu bagi penularan wabak 2019 Novel Koronavirus.

- Jumlah positif Wuhan Koronavirus sehingga Ahad (26 Januari) kekal empat.

- Kes menunggu - mereka yang masih menunggu keputusan makmal - seramai lima orang, kesemua melibatkan warga China. Dua orang di Langkawi, dua di Kuala Lumpur dan terbaharu di Bintulu, Sarawak.

- Kes kumulatif bagi orang yang disyaki terjejas dengan Koronavirus setakat ini ialah 38 orang dengan satu disahkan positif, 32 negatif, dan lima masih menunggu keputusan makmal (kes di Langkawi, Kuala Lumpur dan Bintulu).

- Setakat pukul 3.00 petang ini, 164,692 pengunjung telah melalui pemeriksaan imbasan di pusat kemasukan negara dengan sembilan pengunjung dirujuk untuk imbasan lanjut tetapi tidak seorang pun daripada mereka memenuhi kriteria Pesakit Di Bawah Siasatan bagi Koronavirus. - BERNAMA

koronavirus, pelancong, statistik

Artikel Lain