suria

Ambil perhatian, amaran hujan lebat di empat negeri sehingga Selasa

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di empat negeri. Gambar sekadar hiasan

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Kawasan yang terlibat di Pahang ialah Rompin, manakala di Johor melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon dalam kenyataan pada Ahad berkata, notis waspada dengan hujan lebat pula dikeluarkan bagi kawasan Maran; Kuantan; Bera dan Pekan di Pahang serta Tangkak; Muar; Batu Pahat; Pontian dan Johor Bahru di Johor yang diramal berlaku sehingga tempoh sama.

Selain itu, notis sama turut dikeluarkan bagi Kuala Pilah; Rembau; Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan dan seluruh negeri Melaka. - Bernama

hujan lebat, MetMalaysia

Artikel Lain