suria

Kasihankan bakal suami ‘pilot’, wanita ditipu RM230,000

Menurut polis wanita berusia 30 tahun itu termakan kata-kata manis ‘bakal suami palsu’. -Gambar hiasan

GARA-gara ‘teman cinta sejati’ seorang kerani operasi luar pesisir mengalami kerugian RM230,000 selepas ditipu.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata wanita berusia 30 tahun itu termakan dengan kata-kata manis daripada ‘bakal suami palsu’ mangsa yang mula berkenalan dengan suspek sejak 2017 menerusi platform media sosial WeChat.

Muhamad Farid berkata berdasarkan siasatan awal, suspek seorang lelaki berumur 27 tahun dari Kuala Penyu, Sabah mendakwa dirinya seorang juruterbang AirAsia dan seorang ahli perniagaan, telah berjanji akan mengahwini mangsa.

“Bagaimanapun, suspek memberitahu wanita itu dia menghadapi masalah kewangan dan memerlukan bantuan mangsa,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tanpa merasa curiga, mangsa memutuskan untuk membantu suspek dan membuat beberapa transaksi perbankan berjumlah RM230,000 ke dalam akaun suspek.

Bagaimanapun, tidak lama selepas menerima wang berkenaan, suspek memutuskan perbualan WeChat mereka membuatkan mangsa menyedari telah ditipu dan bertindak membuat laporan polis pada Ahad lepas, katanya.

Suspek kemudian berjaya ditahan sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial diketuai oleh ASP Haslinah Hassan, dengan bantuan orang awam pada 2.05 petang hari yang sama di Kompleks Ujana Kewangan.

Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan akan didakwa di mahkamah Jumaat ini.

scammer, juruterbang, tipu, WeChat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bapa Wan Azizah meninggal dunia

Artikel Lain