suria

Sangat tidak sihat bacaan IPU, semua sekolah di Port Dickson diarah tutup

Keadaan jerebu yang semakin buruk. Foto RAJA FAISAL HISHAN

SEMUA sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan diarahkan tutup pada Selasa susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang memasuki tahap sangat tidak sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, bacaan IPU di daerah itu pada pukul 6 pagi adalah 203.

ARTIKEL BERKAITAN: IPU tidak sihat: Semua sekolah di Putrajaya tutup pada Selasa

Sebanyak 50 sekolah rendah dan 15 sekolah menengah di Port Dickson.

"Kita telah minta pihak sekolah untuk menutup operasi disebabkan perkara ini.

"Guru-guru masih perlu hadir ke sekolah tetapi mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memakai topeng muka," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, jabatan pendidikan negeri akan terus memantau keadaan jerebu dan memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. - The Star


Port Dickson, IPU, jerebu

Artikel Lain