suria

Gangguan bekalan air sebenarnya bermula hari ini, lebih 1,000 kawasan terjejas

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang bermula hari ini.

PENDUDUK di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang akan berdepan gangguan bekalan air lebih awal, bukan bermula 23 Julai seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Ini susulan pengumuman Henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3, Ekoran Pencemaran Bau di Sumber Air Mentah oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air bermula 23 Julai, warga Selangor, KL dan Putrajaya dinasihat buat simpanan mencukupi

Sebanyak 1,133 kawasan melibatkan 1,166,842 akaun pelanggan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat akan terkesan dengan gangguan bekalan air sementara tidak berjadual ini.

"Pihak kami mohon maaf atas segala kesulitan dan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada pelanggan yang terjejas," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Syabas.

KLIK DI SINI untuk senarai kawasan terjejas.

gangguan air, sumber air, tercemar

Artikel Lain