suria

Kini wanita boleh lakukan ujian saringan kanser pangkal rahim di rumah sendiri

Dr Wan Azizah mendengar penerangan oleh pakar sakit puan Prof Dr Woo Yin Ling (kiri) tentang kanser pangkal rahim.

PENDEKATAN baharu saringan berasaskan teknologi bersepadu akan membolehkan wanita melakukan ujian mengesan kanser serviks dalam keadaan selesa di rumah mereka sendiri.

ROSE (Menanggalkan Halangan untuk Pemeriksaan Serviks) iaitu program saringan serviks pertama di dunia yang memaparkan pensampelan sendiri oleh wanita itu sendiri.

Ia adalah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) virus papilloma (HPV) manusia, dan bukannya ujian diagnostik 'pap smear' yang menggunakan mikroskopi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang melancarkan program itu pada 14 Jan lalu berkata, risiko seumur hidup bagi wanita Malaysia untuk diserang kanser serviks adalah satu daripada 116 wanita.

Kira-kira dua pertiga (76%) wanita didiagnosis ketika sudah masuk peringkat akhir kanser, iaitu peringkat dua, tiga dan empat.

Program ROSE, katanya, akan membantu lebih ramai wanita mengatasi halangan untuk membuat saringan.

Pakar penjagaan kesihatan akan dapat mendaftar dan menyampaikan hasil pemeriksaan kepada golongan wanita melalui telefon bimbit mereka.

Seterusnya, lawatan ke klinik dapat dikurangkan dan akan menghapuskan rasa segan serta takut yang berkaitan dengan ujain 'pap smear' yang perlu dilakukan oleh seorang doktor di klinik.

Dr Wan Azizah menggalakkan lebih ramai wanita untuk menjalani pemeriksaan kanser serviks awal kerana pencegahan awal adalah kunci untuk menghentikan penyakit tersebut.

Wanita yang berusia 30 tahun ke atas dan dalam kumpulan B40 boleh mendaftar untuk program saringan itu di 49 klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di seluruh negara. - Star 2

Artikel Lain