suria

Gangguan Bekalan Air Di Sekitar PJ Akibat Paip Pecah Dekat The Curve

PETALING JAYA: Penduduk di sekitar Petaling Jaya mengalami masalah gangguan air selepas Syabas terpaksa menghentikan bekalan air ekoran insiden paip pecah di Persiaran Surian, Mutiara Damansara dekat The Curve, pusat membeli belah Ikea di sini, Sabtu.

Jurucakap Syabas berkata, kontraktor sedang bertungkus lumus membaik pulih kerosakan paip yang tertanam di dalam tanah dan gangguan bekalan air akan pulih secara berperingkat kira-kira 6 pagi Ahad.

Kawasan yang terjejas termasuk Seksyen 11, 12, 13, 14, 19, 20, 21, SS 1, SS 2, SS 3, SS 4, SS 5, SS 6, SS 7, SS 8 FTZ, SS 9, SS 9A, Sg Penchala, Kg Kayu Ara, Universiti Malaya and Setiapuspa.

Pada pukul 10.15 pagi, insiden paip pecah berlaku akibat pembinaan MRT di Mutiara Damansara dan menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Persiaran Surian.

Pancutan air mula melimpah ke persimpangan yang sering digunakan orang ramai untuk pergi ke pusat membeli belah terkemuka di sini dan turut mengalir ke tempat letak kereta bawah tanah di Ikano Power Centre.

Kakitangan Syabas berjaya menutup injap paip tersebut dan air mulai surut kira-kira pukul 3 petang, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Seorang jurucakap MRT Corp berkata, satu siasatan telah dilakukan untuk mengenalpasti punca paip pecah dan menghubungi kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air susulan insiden paip pecah itu.

"MRT Corp memohon maaf di atas insiden itu dan kesulitan yang dialami. Segala usaha telah dilakukan untuk memastikan situasi kembali normal secepat yang mungkin," kata jurucakap itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain