suria

Pasangan Malaysia Ditahan Di Sweden: Tempoh Reman Azizul Dilanjut 11 Hari

Azizul (kanan) dan Shalwati.
Azizul (kanan) dan Shalwati.

PETALING JAYA: Mahkamah daerah Solna di Stockholm, Sweden pada Khamis melanjutkan reman selama 11 hari terhadap rakyat Malaysia, Azizul Raheem Awalludin yang didakwa memukul salah seorang daripada empat anaknya.

Kes isterinya, Shalwati Norshal akan didengar pada Jumaat.

Keempat-empat anak pasangan itu diserahkan hak penjagaan kepada keluarga Islam buat sementara waktu.

Azizul yang merupakan pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Disember tahun lalu atas dakwaan merotan anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun kerana enggan bersolat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain