suria

Ibu Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

Mahadzir Lokman
Mahadzir Lokman
Mahadzir Lokman

KUALA LUMPUR: Datin Nina Khadijah Abdul Rahman, ibu bekas pembaca berita TV3 Datuk Mahadzir Lokman, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pada Rabu akibat komplikasi jantung.

Allahyarham berusia 86 tahun.

Mahadzir berkata ibunya meninggal dunia pada 12.57 tengah hari dan jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada 11 pagi esok.

"Ibu dimasukkan ke PPUM sejak 30 September lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mahadzir berkata jenazah ibunya dibawa pulang ke rumahnya di No 13, Jalan 16/5 off 16/6, Seksyen 16, Petaling Jaya (belakang Hotel Eastin).

Allahyarham merupakan balu bekas wakil tetap Malaysia di Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) Allahyarham Datuk Lokman Musa.

Beliau meninggalkan empat anak iaitu Prof Madya Faraih, 61, Mahadzir, 56, Mohd Danial, 54, dan Ida Neliaty, 52, serta 11 cucu dan seorang cicit.

Dua lagi anaknya sudah meninggal dunia. - BERNAMA

Artikel Lain