suria

Parlimen Tolak Usul Bahas Kes Kematian Pelatih PLKN

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Selasa menolak usul Ahli Parlimen PAS Hanipa Maidin untuk membahaskan mengenai kematian pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said yang juga Timbalan Sepaker telah menolak usul yang didakwa sebagai isu 'tidak segera'.

Hanipa kemudian memberitahu sidang akhbar bahawa perkara itu penting dan segera serta menyatakan kecewaan apabila usul itu ditolak.

"Latihan Khidmat Negara telah dimulakan sedekad yang lalu dan telah ada 23 kematian dan paling terkini kematian Muhamad Suhaimi Norhamidi yang ditemui tidak sedarkan diri di salah sebuah bilik mandi di kem Muadzam Shah di Pahang," katanya.

Hanipa menegaskan sebagai tambahan kepada pembunuhan dan kematian yang tidak dapat dijelaskan, terdapat juga kes-kes rogol, serangan seksual, buli dan keganasan tetapi tiada tindakan serius telah dilakukan untuk menangani isu ini.

"Pada masa hadapan, jika ibu bapa enggan menghantar anak-anak mereka untuk menyertai program ini, saya percaya kerajaan tidak mempunyai hak untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana kebimbangan mereka adalah sah," katanya.

"DEngan apa yang berlaku, kami meminta program ini sama ada ditangguhkan sementara atau dihentikan selama-lamanya dalam usaha untuk memastikan keselamatan di kalangan generasi muda," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

14 Bahagian Kedah Sokong Soi Lek

Artikel Lain