suria

Negaraku Di Pawagam Hanya Pada 16 September

PETALING JAYA: Lagu Negaraku akan bergema sekali lagi di pawagam seluruh negara pada 16 September, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Kami telah memutuskan supaya ia dimainkan hanya pada 16 September (untuk memperingati Hari Malaysia ke-50)," katanya, Jumaat.

Awal minggu ini, beliau berkata kementerian mendapatkan maklum balas orang ramai dan memikirkan kemungkinan untuk melanjutkan kempen memainkan lagu kebangsaan di pawagam sempena sambutan Hari Merdeka ke-56 selama seminggu.

Pawagam-pawagam telah memainkan lagu kebangsaan antara 27 Ogos dan 3 September dalam menyokong kempen kementerian untuk menggalakkan semangat patritisme.

Ia juga sebagai penghormatan kepada wira negara termasuk mereka yang terkorban semasa pencerobohan Lahad Datu enam bulan lalu.

Pawagam yang mengambil bahagian termasuk GSC, MBO Cinemas, TGV, Lotus Five Star dan Cathay Cineplex dan kementerian berkata kempen itu mendapat sambutan positif daripada majoriti penonton.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain