suria

Pakatan Tidak Akan Ulangi Kejayaan 2008 Di Perak - Chua

GOPENG: Pakatan Rakyat tidak akan mengulangi kejayaan pada 2008 di Perak pada pilihan raya umum (PRU) kali ini, kata Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

Pada PRU 2008, DAP memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS dan PKR mememenangi 13 kerusi.

Barisan Nasional hanya memenangi 28 kerusi menyebabkan Pakatan menguasai negeri tersebut.

Bagaimanapun, tiga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan mengisytiharkan diri mereka sebagai calon Bebas pada 2009 sekali gus membolehkan kerajaan negeri baru dibentuk di bawah BN.

Dr Chua berkata DAP bukan saja gagal memberi perkhidmatan kepada rakyat selepas kemenangan mereka tetapi meninggalkan rakyat dengan merancang menakluki Johor pada kali ini.

"Pembangkang sentiasa memandangkan ringan sokongan rakyat terutamanya kaum Cina," katanya selepas majlis pecah tanah untuk gelanggang bola keranjang di SJK (C) Lawan Kuda Baru di sini, Khamis.

Dr Chua berkata, beliau yakin BN akan merampas kembali kerusi Parlimen Gopeng dan dua kerusi DUN, Teja dan Simpang.

Artikel Lain