suria

Rampasan Buku, Lukisan: Zunar Menang Saman Terhadap Kerajaan, Empat Yang Lain

KUALA LUMPUR: Kartunis politik, Zulkiflee SM Anwar memenangi samannya terhadap kerajaan dan empat yang lain berhubung rampasan 66 buku dan lukisan pada tahun 2010.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan tuntutan itu pada Selasa.

Dalam saman yang difailkan pada tahun lepas, kartunis, yang lebih dikenali sebagai Zunar mendakwa bahawa beliau mengalami kerosakan dan kerugian yang disebabkan rampasan barang-barang oleh pihak polis.

Beliau memohon RM1,650 sebagai ganti rugi khas untuk buku-buku berkenaan dan meminta memulangkannya serta kos, faedah dan sebagainya.

Vazeer memerintahkan supaya polis memulangkan kesemua 66 buku kepada Zunar.

Zunar pada Selasa berkata, ia merupakan sebahagian daripada kemenangan untuk semua kartunis politik apabila Hakim Vazeer memutuskan bahawa rampasan buku-buku berkenaan selama dua tahun itu adalah menyalahi undang-undang tetapi penahanan Zunar adalah mengikut undang-undang dalam tempoh itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain