suria

Penerbangan MAS Ke London Ditangguh Selepas Enjin Pesawat Alami Masalah Teknikal

PETALING JAYA: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dijadualkan berlepas ke London pada Isnin terpaksa ditangguhkan selama 11 jam akibat masalah teknikal yang berlaku pada enjin pesawat Boeing 747.

Pesawat yang dijadualkan berlepas pada pukul 11.40 malam Isnin dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akhirnya berlepas pada pukul 10.40 pagi tadi.

"Pesawat penyelamat dengan kumpulan krew yang lain disediakan untuk membawa penumpang ke London pada jam 10.34 pagi ini," kata satu kenyataan MAS pada Selasa.

MAS mengesahkan sebuah pesawatnya Boeing 747-400 mengalami masalah teknikal pada satu daripada enjinnya selepas berlepas ke London malam tadi dan selamat mendarat semula di KLIA jam 2.05 pagi.

Semua 351 penumpang dan 21 anak kapal selamat.

Kenyataan itu menyebut juruterbang mengambil keputusan untuk berpatah balik ke KLIA selepas satu daripada enjin menghadapi masalah teknikal demi keselamatan penumpang dan anak kapal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain