suria

Usul Laporan Minoriti Ditolak - Pandikar

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Selasa menolak usul Pakatan Rakyat untuk melampirkan laporan minoriti kepada Jawatankuasa Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya (PSC) yang dibentangkan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang difailkan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Rasah,, Anthony Loke pada Isnin.

Pandikar menolak usul tersebut atas alasan tiada peruntukan bawah Perintah Tetap yang memberikannya kuasa untuk mengubah laporan itu.

Tiada perkara seumpamanya, kata Pandikar memetik amalan berparlimen di New Zealand.

Penolakan itu, menyebabkan ahli parlimen pembangkang bangun mendakwa terdapat duluan berhubung laporan minoriti dikepilkan bersama laporan-laporan lain, di Parlimen negara Komanwel lain.

Laporan minoriti merujuk kepada laporan bertulis oleh sekurang-kurangnya dua anggota jawatankuasa untuk mengesahkan pandangan mereka yang bertentangan dengan pendapat majoriti.

Empat syor yang dikemukakan dalam laporan minoriti tersebut ialah:

1. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media.

2. Membenarkan pra-pendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun.

3. Memanjangkan tempoh berkempen.

4. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik

Artikel Lain