Pengawal Keselamatan Mengaku Ugut Remaja Guna Parang Di Danau Kota - Semasa | mStar

IKLAN

IKLAN

Pengawal Keselamatan Mengaku Ugut Remaja Guna Parang Di Danau Kota

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengugut seorang remaja lelaki dengan sebilah parang di Setapak, bulan lepas.

R.Thamilharasan, 18, mengaku mengacukan parang ke leher Syafiq Aiman Samri, 19, di kawasan parkir Danau Kota, Setapak pada 5.15 pagi, 22 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

IKLAN

Majistret Mohd Azali Ibrahim menetapkan 30 April depan untuk mendengar fakta kes dan rayuan sebelum menjatuhkan hukuman.

Thamilharasan diwakili peguam Tharamjit Singh manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Loh Wei Dhin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pembangkang Tolak GST

Artikel Berikut

IKLAN

IKLAN

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rafizi luah kecewa pada siapa?

Hadiah Krismas 'Jho Low' melucukan