suria

Pembangkang Tolak GST

KUALA LUMPUR: Pembangkang menolak cadangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila menyifatkan ia akan membebankan rakyat berpendapatan rendah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, GST tidak munasabah dilaksanakan selagi pendapatan rakyat tidak ditingkatkan dengan melebarkan jumlah pembayar cukai baru akan lebih membebankan rakyat berpendapatan rendah.

"Apa yang dicadangkan BN (Barisan Nasional) ialah memperluaskan serta melebarkan jumlah pembayar cukai baru melibatkan golongan miskin.

"Bagi kami, selagi kadar pendapatan mereka tidak meningkat, tidak munasabah dilaksanakan sistem ini.

"Maka Pakatan Rakyat tegas dengan pendirian kita menolak cadangan BN untuk melaksanakan GST," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata pelaksanaan GST akan menjadikan Malaysia lebih komprehensif dengan mewujudkan ruang untuk negara menurunkan cukai korporat dan individu.

Bagaimanapun Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berkata GST tidak akan dilaksanakan tahun ini memandangkan ia mengambil masa sekurang-kurangnya setahun dari tarikh pengumuman pelaksanaan sebenar.

Artikel Lain