suria

Lebih Banyak Lampu, Cermin Trafik Dan CCTV Akan Dipasang Untuk Kurangkan Jenayah Jalanan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meningkatkan usaha memerangi jenayah jalanan dengan beberapa langkah termasuk memasang lebih banyak lampu, cermin trafik serta kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejiranan.

Selain itu, kerajaan juga bercadang untuk membina laluan pejalan kaki lebih jauh daripada jalan raya bagi mengurangkan risiko diragut. Langkah tersebut dijangka akan dilaksanakan bulan hadapan.

Ia dijangka menelan belanja sebanyak RM64 juta.

Dengan langkah tersebut sebanyak 151 majlis perbandaran di seluruh negara akan memperoleh lampu jalan dan cermin trafik yang lebih banyak manakala 24 pihak berkuasa tempatan akan memperoleh 496 CCTV.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heunf berkata langkah tersebut merupakan satu insiatif di bawah Program Bandar Selamat .

Persatuan penduduk turut mengalu-alukan langkah tindakan tersebut namun mereka masih mahu pihak polis serta rukun tetangga melakukan rondaan dikawasan kejiranan mereka.

Artikel Berikut

Artikel Lain