suria

Gempa Bumi Lemah Di Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berskala 4.0 Richter telah berlaku di 19 km dari utara Lahad Datu, Sabah, pada pukul 3.43 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan kemungkinan gegaran lemah dirasai di sekitar kawasan Lahad Datu, menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini, Ahad.

Jabatan itu sedang memantau perkembangan tersebut, kata kenyataan berkenaan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain