suria

Usaha Meremajakan LPP Diperhebat

KUALA TERENGGANU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menggalakkan lebih ramai golongan belia menyertai pertubuhan itu dalam usaha meremajakan LPP.

Ketua Pengarah LPP, Mariam Mas Yaacob berkata, pada masa ini kebanyakan anggota pertubuhan itu terdiri daripada mereka yang berumur lebih 50 tahun menyebabkan banyak projek yang diatur tidak dapat dilaksana mengikut perancangan.

"Kita nak pergi kepada sebuah negara yang maju yang berpendapatan tinggi menjelang 2020. Jadi kita perlu menggalakkan peladang muda yang berilmu dan orang muda yang berinovasi untuk menyertai pergerakan peladang," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan anggota-anggota LPP Terengganu di sini hari ini.

Sementara itu, Mariam Mas berkata, kerajaan memberi tempoh tiga tahun kepada LPP untuk membangunkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk membangunkan PPK bandar di seluruh negara dan projek pertama akan diwujudkan di Parlimen Gombak dalam masa terdekat, diikuti di Kota Kinabalu, Sabah.

Menurutnya, PPK bandar mungkin akan terlibat dalam aktiviti seperti pemasaran, pembungkusan, pelabelan atau menjadi tempat mengumpul hasil pertanian sebelum memasuki pasaran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain