suria

Najib PM keenam, Abdullah nyatakan sokongan padu

PERDANA MENTERI KEENAM...Datuk Seri Najib Tun Razak diisytihar sebagai Presiden Umno yang baru pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan Dasar Presiden terakhirnya hari ini menegaskan, beliau akan memberi sokongan padu kepada Presiden Umno baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang bakal mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri keenam.

"Saya percaya, saya menyerahkan tanggungjawab negara kepada nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudikan bahtera negara.

"Saya menyeru supaya beliau diberikan sokongan yang padu untuk membolehkan beliau membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang," kata beliau dalam ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2008 pagi ini.

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO, DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

Najib, Timbalan Perdana Menteri, telah memenangi jawatan Presiden tanpa dicabar selepas Abdullah memutuskan untuk tidak bertanding.

Abdullah turut menjelaskan sebab beliau memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya kali ini.

Perdana Menteri berkata, beliau memutuskan untuk tidak bertanding demi memperkukuhkan parti selepas keputusan dalam pilihan raya umum tahun lalu.

"Jika kita terus bertanding begitu hebat, bermati-matian untuk merebut jawatan, tetapi apakah ertinya jawatan tersebut kepada Umno yang telah tinggal rangka yang terbujur di kuburan.

"Barang dijatuhkan Allah dari Umno menimpa nasib hiba yang sedemikian.

"Atas kesedaran tersebut, atas rasa cinta kepada Umno, atas rasa tanggungjawab terhadap Umno dan bangsa Melayu, saya memilih untuk menunjukkan teladan, dengan tidak mempertahankan jawatan Presiden parti, bertujuan memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda walaupun masih terdapat ramai daripada ahli-ahli parti dan rakan-rakan baik di dalam ataupun di luar kerajaan meminta saya untuk terus mempertahankan jawatan," katanya.

Abdullah menambah, beliau menghargai keputusan rakan-rakan yang turut memilih langkah yang sama - di semua peringkat.

"Bahawa jawatan dan kedudukan bukannya milik peribadi sedangkan harta milik peribadi juga tidak akan dapat dibawa sampai ke mati," katanya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain