suria

Khairuddin dilantik CEO baru Puspakom

KUALA LUMPUR: Khairuddin Yusoff telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Sdn Bhd berkuat kuasa semalam.

Khairuddin yang mempunyai pengalaman luas di dalam industri automotif, telah menjawat beberapa jawatan kanan di dalam bidang perakaunan dan kewangan semasa kerjaya di dalam industri automotif, demikian menurut Puspakom di dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum menyertai Puspakom, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah HICOMTeck See Manufacturing Sdn Bhd sejak Disember 1997.

Puspakom turut memberi penghargaan terhadap Datuk Salamat Wahit di atas sumbangan dan perkhidmatan cemerlang semasa bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, sejak 1994.

Salamat yang telah mengemudikan Puspakom sejak penubuhannya untuk menjadi sebuah pusat institusi pemeriksaan kenderaan, telah dilantik sebagai Ketua Institusi Perhubungan dan Pembangunan Perniagaan di pejabat korporat berkuat kuasa semalam.

Selain itu, Salamat akan turut mengawasi perhubungan dengan pihak luar dengan memberi focus ke atas kerajaan serta pembinaan perhubungan institusi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain