Pameran hartanah edisi bumiputera bermula 26 Jun ini - Suara | mStar

Pameran hartanah edisi bumiputera bermula 26 Jun ini

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2018 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

PROGRAM terbaharu anjuran StarProperty.my iaitu  Pameran Perumahan Edisi Bumiputera akan berlangsung di AEON Mall Shah Alam bermula 26 Jun sehingga 1 Julai ini.

Pameran selama enam hari itu menawarkan pelbagai pilihan rumah untuk golongan bumiputera yang sedang mencari kediaman impian mereka.

Antara yang ditawarkan, pelbagai jenis rumah yang dibangunkan pemaju terkemuka seperti IJM Land Bhd, ACMAR International, PJ Midtown, Sunsuria Bhd, I & P (ahli Setia), Bandar Setia Alam Sdn Bhd, MCT Bhd dan Naza TTDI.

Menerusi program ini, StarProperty.my turut menjemput  penceramah berpengalaman bagi menyampaikan taklimat berhubung pelaburan hartanah, reka bentuk dalaman atau teknik  menghasilkan pendapatan dari harta sedia ada.

Ia merupakan satu peluang bermanfaat untuk mereka yang berhasrat menimba ilmu dalam aspek berkenaan.

Penceramah yang bakal hadir termasuklah pengarah kreatif Mamyhome Renovation Sdn Bhd, Amin Yussoff, pengasas Khalil Adis Consultancy, Khalil Adi serta pengarang dan jurulatih kewangan, Bella Leana.

Selain itu, pelawat juga berpeluang mengikuti aktiviti seperti Rumah-Rumah Malaysia yang mempamerkan koleksi rumah yang unik dalam bentuk kecil.

Pameran dengan kerjasama MinNature itu membolehkan pelawat  belajar cara-cara untuk menghasilkan rumah mini menerusi kelas DIY yang dianjurkan.

Mereka yang mendaftarkan diri menerusi starproperty.my/onreg pula berpeluang memenangi tiket filem.

Pelawat juga boleh menyertai pertandingan "Snap, Post Win" untuk memenangi pakej kelas MinNature bernilai RM300 atau aktiviti menarik yang lain seperti maze elektrik.

Untuk keterangan lanjut, lawati fair.starproperty.my

Tags / Kata Kunci: starproperty , AEON Mall , Shah Alam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan