Karnival Perumahan Bumiputera Sasar RM15 Juta

Diterbitkan: Selasa, 22 Ogos 2017 5:25 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Karnival Perumahan Bumiputera di Taman Bunga Raya, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada hujung minggu lalu menarik perhatian ramai.

Karnival yang berlangsung selama dua hari pada 19 dan 20 Ogos itu merupakan anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama Sin Hee Yang Property Group.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Sin Hee Yang Property Group, Loo Chee Yang berkata, sambutan para pengunjung amat menggalakkan dengan lebih 200 orang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek hartanah ini.

Katanya, daripada jumlah itu, kira-kira 30 permohonan telah dibuat untuk pembelian unit termasuk membuat permohonan pembiyaan perumahan.

“Berdasarkan sambutan yang mengalakkan di karnival, kami menyasarkan jualan lebih RM15 juta bagi bulan pertama,” katanya kepada mStar Online.


Chee Yang berkata, lebih 100 pertanyaan mengenai projek yang membabitkan 246 unit rumah meliputi rumah teres satu dan dua tingkat serta semi-d satu tingkat.

“Kebanyakan mereka bertanya mengenai harga dan kita menjelaskan bahawa projek hartanah ini merupakan kediaman mewah mampu milik.

“Selain harga berpatutan, lokasi turut menarik perhatian kerana mempunyai akses yang baik, menghubungkan jalan-jalan utama, pelbagai kemudahan dan kawasan komersial,” katanya.

Pada karnival itu, BSN memperkenalkan Skim Perumahan Belia dengan pakej pembiayaan akhir sehingga 100 peratus bagi hartanah yang dibangunkan pemaju Sin Hee Yang Property.

Projek tersebut merupakan hartanah mewah mampu milik dari RM328,000 hingga bawah RM500,000 daripada tujuh skim perumahan kepada Bumiputera berkahwin atau bujang, berumur 25 hingga 40 tahun, dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.


Terdahulu, Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcit BSN, Frederick Siew berkata, golongan belia hari ini terutama pembeli rumah pertama berhadapan dengan cabaran untuk membeli hartanah.

“Cabaran utama mereka adalah keupayaan untuk membayar deposit 10 peratus. Oleh itu, Skim Perumahan Belia ini memudahkan pembeli belia sama ada yang bujang atau berkahwin untuk membeli hartanah pertama,” katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai skim perumahan, boleh layari http://www.sinheeyanggroup.com/ atau maklumat lanjut mengenai Skim Perumahan Belia di http://www.mybsn.com.my/ atau hubungi talian hotline Khidmat Pelanggan BSN di 1300-88-1900.

Tags / Kata Kunci: BSN , Sin Hee Yang Property Group

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan