BSN Perkenal Skim Perumahan Belia

Diterbitkan: Rabu, 16 Ogos 2017 10:00 AM

(Dari kiri) Frederick Siew, Pengarah Urusan Kumpulan Sin Hee Yang Property Group, Datuk Loo Chee Wee, Loo Chee Yang dan Naib Presiden Kanan/Ketua Distribution BSN, Akhsan Zaini pada sidang media Karnival Perumahan Bumiputera pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memperkenalkan Skim Perumahan Belia di Karnival Perumahan Bumiputera di Taman Bunga Raya, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 19 dan 20 Ogos ini.

Karnival selama dua hari itu menawarkan hartanah mewah tetapi mampu milik dari RM328,000 hingga bawah RM500,000 daripada tujuh skim perumahan kepada Bumiputera berkahwin atau bujang, berumur 25 hingga 40 tahun, dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.

BSN menawarkan pakej pembiayaan akhir sehingga 100 peratus bagi hartanah yang dibangunkan pemaju Sin Hee Yang Property.

Dalam kenyataan bersama, Pengarah Eksekutif Kumpulan Sin Hee Yang Property Group, Loo Chee Yang berkata, sebanyak 246 unit rumah meliputi rumah teres satu dan dua tingkat serta semi-d satu tingkat.

“Dengan akses yang mudah, kita menjangkakan karnival ini akan menarik ramai pembeli berpotensi yang mencari kediaman mewah tapi pada harga berpatutan,” kata Chee Yang.

Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcit BSN, Frederick Siew berkata, golongan belia hari ini terutama pembeli rumah pertama berhadapan dengan cabaran untuk membeli hartanah.

“Cabaran utama mereka adalah keupayaan untuk membayar deposit 10 peratus. Oleh itu, Skim Perumahan Belia ini memudahkan pembeli belia sama ada yang bujang atau berkahwin untuk membeli hartanah pertama,” katanya. 

Mengenai kerjasama dengan Sin Hee Yang Property Group, Frederick Siew berkata, ia merupakan satu lagi usaha untuk membantu menjadikan lebih banyak rumah pada harga berpatutan untuk pembelian pertama buat golongan belia.

“Skim Perumahan Belia terbuka kepada 20,000 unit pertama, siapa cepat dia dapat. Sehubungan itu, rebutlah peluang ini sebelum ia berakhir,” katanya.

Skim pembiayaan perumahan tersebut ditawarkan secara konvensional mahupun Islamik sehingga 100 peratus harga belian.

Karnival Perumahan Bumiputera ini juga menyediakan tawaran menarik seperti bayaran deposit rendah hanya RM1,000 dan rebat istimewa sehingga 10 peratus.

Sebarang pertanyaan mengenai skim perumahan, boleh layari www.sinheeyanggroup.com atau maklumat lanjut mengenai Skim Perumahan Belia di www.mybsn.com.my atau hubungi talian hotline Khidmat Pelanggan BSN di 1300-88-1900.

Tags / Kata Kunci: BSN , Sin Hee Yang

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan