Khasiat Madu, Zafran Terbaik Buat Kesihatan, Kulit & Ingatan

Diterbitkan: Sabtu, 25 Jun 2016 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

SETIAP insan sentiasa menyimpan hasrat supaya dikurniakan kesihatan yang baik dan kulit cantik secara semula jadi, selain daya ingatan yang kuat.

Bagi mencapai impian ini, setiap daripada kita perlu mengamalkan corak permakanan yang berkhasiat dan memupuk amalan gaya hidup sihat.

Namun masih ramai gagal memastikan makanan yang diambil mempunyai khasiat penting untuk tubuh badan kita.

Malah ada di kalangan kita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mengambil suplemen tertentu untuk kekal cantik, sihat dan memulihkan masalah kesihatan yang dihadapi.

Situasi itu menunjukkan kita terlalu mengagung-agung produk makanan tambahan atau suplemen tertentu sehingga terlupa dengan khasiat makanan sunnah Nabi seperti madu, habbatus sauda dan zafran.

Bagi mengangkat martabat makanan sunnah di pasaran negara,  maka lahirlah Madu Asli Arab Plus Za'Fran As Sehah, kombinasi madu asli dan zafran terbaik yang diimport dari Sepanyol.

Zafran dikenali sebagai 'Raja Segala Rempah'.

Zafran merupakan rempah herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai 'Raja Segala Rempah'.

Maka tidak hairanlah gabungan madu yang juga dianggap pengubat segala penyakit dan rempah herba ini saling melengkapi antara satu sama lain.

Khasiat gabungan dua makanan sunnah ini bagi kecerdasan minda turut dinyatakan dalam kitab Tibbul Imama A'li, Saiyidina Ali iaitu: "Barangsiapa yang memakan ‎za’faran dan makan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya ‎sehingga di tuduh melakukan sihir”‎.

Madu Asli Arab Plus Za'Faran As Sehah.

Campuran madu dan zafran yang mengandungi krosin, salah satu bahan pewarna karotenoid yang membuat makanan menjadi kuning keemasan berupaya merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia, sekali gus menguatkan daya ingatan.

Sejenis kimia karotenoid organik yang berpotensi tinggi memelihara kesihatan tubuh badan iaitu krosetin terdapat dalam zafran dan ia mampu mencegah pertumbuhan dan perkembangan sel tumor penyebab kanser.

Kajian juga menunjukkan zafran boleh menghasilkan hormon ceria 'serotonin' yang dikeluarkan sebagai isyarat kepada otak.

Dengan pertambahan kadar 'serotonim' ia berupaya melegakan sistem saraf yang tegang, menenangkan fikiran bercelaru dan meredakan tekanan emosi.

Bukan itu sahaja, gabungan madu dan zafran boleh membantu merawat kulit bermasalah secara lembut dan semula jadi.

Jika diamalkan secara berterusan, dengan izin-Nya kulit kelihatan cerah, bersih dan awet muda.


Malah kehebatan produk ini turut diperakui menerusi testimoni seorang penggunanya yang dikenali sebagai Puan Wani dari Pulau Pinang yang menggamalkan pengambilan produk ini sewaktu hamil.

Menurut beliau, amalan minum madu bersama zafran keluaran syarikat Bumiputera ini selama tiga bulan semasa hamil menjadikan kulit anak keduanya lebih cerah.

"Terima kasih As Sehah. Lihat anak kedua saya, kulit lebih cerah selepas minum tiga botol Madu Asli Arab Plus Za'Faran As Sehah waktu mengandung," katanya.

Justeru, beliau masih lagi mengamalkan pengambilan produk tersebut sehingga ke hari ini kerana percaya dengan keberkesanannya.

Amalkan makan satu sudu besar madu dua kali sehari pada waktu pagi semasa perut kosong dan malam sebelum tidur.

Produk Madu Asli As-Sehah seberat 375 gram yang dibotolkan secara mesra pengguna dijual pada harga RM26 dan boleh didapati di toko jamu dan farmasi di seluruh negara.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi talian 017-272 8866.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan