Gabungan Habbatus Sauda, Madu Umpama Aur & Tebing

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 8:00 AM

Madu Asli Arab Plus Habbatussauda.

(Ubah saiz teks)

KEBERKESANAN khasiat habbatus sauda dan madu lebah secara semula jadi, terutamanya penggunaannya menerusi kaedah rawatan alternatif sememangnya tidak dapat disangkal.

Dikenali sebagai jintan hitam, habbatus sauda yang digunakan sejak zaman purba Mesir diperakui saintis dunia sebagai memiliki khasiat yang tinggi.

Malah bijirin ini digunakan secara meluas di kalangan masyarakat Arab untuk mencegah segala jenis penyakit lebih 2,000 tahun sebelum Masihi.

Pada zaman Rasulullah S.A.W. para sahabat Nabi didapati telah menggunakan bijirin ini sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.

Ini bersesuaian dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Siti 'Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya HabbatusSauda' ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian".

Habbatus sauda atau lebih dikenali sebagai jintan hitam.

Bagi madu yang juga dianggap ubat segala penyakit, Allah Subhanhu Wa Ta'ala telah memuliakan madu dengan menjadikannya minuman untuk penduduk surga, “Dan sungai-sungai dari madu yang disaring. Dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka....” (QS. Muhammad:15).

Madu terkenal dengan kandungan glukosa dan fruktosa yang mudah dihadam selain mempunyai kadar antioksidan yang tinggi.

Ia juga mengandungi potasium, kalsium, dan magnesium yang berupaya memelihara kecantikan kulit secara semula jadi.

Menyedari khasiat penting dua makanan sunnah Nabi ini, maka lahirlah Madu Asli Arab Plus Habbatussauda yang mula meneroka pasaran di Malaysia.

Madu ubat segala penyakit.

Menyingkap kaedah pengeluarannya, produk madu asli ini dihasilkan menerusi campuran madu lebah liar dengan bijiin habbatus sauda terbaik dan berkualiti tinggi yang diimport dari Mesir.

Campuran madu dalam produk ini dipercayai berupaya mempercepatkan tindak balas habbatus sauda pada tubuh badan manusia.

Justeru pengambilan madu campuran habbatus sauda ini amat sesuai diamalkan golongan ibu dalam pantang dan menyusu bayi mereka yang mengalami masalah kekurangan susu badan.

Ini kerana bahagian lemak yang terdapat dalam minyak habbatus sauda berupaya melancarkan susu ibu, selain khasiat madu yang meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.

Bagi ibu hamil pula, pengambilan madu ini amat digalakkan kerana pertumbuhan janin memerlukan nutrisi untuk meningkatkan kekebalan tubuh secara semula jadi.

Kandungan Omega 3, 6, 9 yang terdapat dalam habbatus sauda merupakan nutrisi yang membantu perkembangan otak bayi.

Sementara itu, campuran madu ini dipercayai dapat mencegah dan membunuh perkembangan sel kanser di dalam tubuh kerana habbatus sauda mengandungi thymoquinone dan thymohydroquinone, salah satu kandungan senyawa antikanser.

Malahan, pesakit kanser pula digalakkan menggantikan pengambilan gula dengan madu kerana sifat alkalinya yang tinggi.

Kajian saintis barat menunjukkan madu sebagai satu alternatif sihat bagi menggantikan gula.

Maka tidak hairan produk ini turut menjadi 'buruan' pesakit diabetes kerana dapat membantu menstabilkan kadar gula di dalam darah, begitu juga bagi penghidap darah tinggi.

Testimoni pengguna Madu As Sehah Habbatussauda.

Ini terbukti berdasarkan salah satu testimoni pengguna produk ini, Encik Jamal dari Ipoh yang mengakui tekanan darahnya (BP) kembali ke paras normal selepas mengamalkan pengambilan Madu Asli Arab Plus Habbatussauda setiap hari.

"Saya dah cuba dua botol Madu As Sehah Habbatussauda selama tiga minggu, BP (tekanan darah) saya dah normal. Doktor pun hairan, Madu As Sehahlah rahsianya. Syukur Alhamdulillah," katanya.

Keberkesanan Madu Asli Arab Plus Habbatussauda kini menjadikan beliau sebagai salah seorang pengguna setia produk ini.

Untuk merasai keberkesanannya, amalkan mengambil satu sudu besar madu dua kali sehari pada waktu pagi semasa perut kosong dan malam sebelum tidur.

Pengambilan secara konsisten akan membantu memberikan tenaga kepada tubuh sekali gus menaikkan seri wajah.

Elakkan guna sudu besi, sebaliknya guna sudu plastik kerana ia dikatakan dapat mengekalkan khasiat sesudu madu.

Produk madu ini yang dibotolkan secara mesra pengguna dengan berat kira-kira 375 gram dijual pada harga RM27.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai khasiat madu ini, sila hubungi talian 017-272 8866.

Anda juga boleh berkunjung ke toko jamu dan farmasi di seluruh negara untuk mendapatkan produk keluaran syarikat Bumiputera yang dijamin halal ini.






iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan