Seronok Belajar Bahasa Inggeris

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2015 12:25 PM

Mmentor di Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang.

(Ubah saiz teks)

BAGI meningkatkan dan memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan pelajar, kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif. Kumpulan SMR, satu daripada organisasi yang terlibat dalam program mentor kepada guru, berkongsi pengalamannya.

Program Penutur Jati diwujudkan sebagai keperluan untuk meningkatkan kualiti pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah.

Inisiatif ini merupakan langkah berani untuk menukar kaedah tradisional bagi latihan guru yang melibatkan golongan guru dibawa keluar dari sekolah dengan menghadiri sesi latihan yang besar, kata Ketua Pegawai Eksekutif (Pejabat Korporat), Syed Muzakir Al-Jofre.

“Di bawah projek ini, mentor dan pelatih akan menganjurkan bengkel yang sama, tetapi dalam skala yang lebih kecil, dengan melibatkan mentor dan guru mempraktikalkan pelajaran secara langsung di dalam kelas,” katanya.

SMR, sebuah syarikat penyedia pendidikan yang disenarai dalam Bursa Saham, terutamnya dalam bidang  perniagaan dan operasi tenaga pengajar dengan menyediakan pendidikan dan latihan, teknologi pembelajaran dan perkhidmatan pembangunan sumber manusia yang profesional.

Syarikat ini terlibat dengan Program Penutur Jati dan Program Peningkatan Kemahiran Profesional Guru Bahasa Inggeris (Pro-ELT).

Pengurus Projek ELT SMR Group, Michael Hughes menjelaskan secara terperinci Porgram Penutur Jati, mentor atau pelatih ditugaskan untuk menganjurkan bengkel berskala kecil kepada para guru.

Kaedah dan teknik yang dipelajari di bengkel akan dilaksanakan secara praktikal di kelas oleh pihak mentor dan guru.

“Membuatkan pelajar mendapat perhatian dan menjadikan kelas sebagai tempat yang menarik untuk proses pembelajaran adalah proses kritikal bagi mendapatkan minat pelajar mempelajari Bahasa Inggeris.

“Kaedah lama iaitu meminta pelajar menurut kata guru tidak banyak membantu meningkatkan kelancaran dan kefasihan berbahasa Inggeris.

“Ia merupakan kaedah yang tidak lagi relevan atau produktif.  Matlamatnya adalah untuk menjadikan proses pembelajaran menyeronokkan tanpa rasa lucu selain merangsang minda pelajar dengan meningkatkan bahan pelajaran yang sedia ada,” katanya.

Program Penutur Jati Program ini bertujuan sebagai tambahan terhadap buku teks Kokurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menekankan penggunaan fonik untuk mengajar membaca.

“Program ini secara keseluruhannya merupakan kaedah baharu bagi kebanyakan pelajar. Para guru diajar tentang teknik dan bersama-sama dengan mentor, mereka mengembangkan kreativiti dan imanigasi bagi menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan mencipta suasana yang lebih berkesan kepada kanak-kanak dalam meningkatkan mutu kemahiran Bahasa Inggeris.

“Majoriti guru komited untuk melaksanakan tugas dengan baik, tetapi mereka memerlukan panduan dan mentor bagi mencapai objektif tersebut,” katanya.

Program ini merupakan model kepada beberapa negara lain. Pada masa kini, negara lain mengambil pendekatan mudah dengan mengupah guru asing yang dilihat sebagai model yang tidak mapan.

Program mentor, katanya, membuka peluang kepada guru untuk belajar kaedah baharu daripada mentor yang merupakan pakar dipilih dari seluruh dunia.

Malah program ini menggalakkan guru untuk bekerjasama menerusi teknik pengajaran secara berkumpulan dan pemantauan secara teliti sebagai kaedah membina untuk mengembangkan dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

“Dasar kami adalah menghabiskan masa 30 peratus di bengkel dan 70 peratus untuk mengaplikasikan proses pelajaran di kelas. Melalui cara ini, guru boleh mempraktikan teori yang dipelajari.

“Program ni boleh mengembangkan teknik pengajaran dan latihan di kelas. Sebagai bonus tambahan, interaksi mereka dengan penutur jati memberikan mereka keyakinan dan meningkatkan keupayaan untuk berkomunikasi dengan lebih efektif dalam Bahasa Inggeris,” kata Syed Muzakir.

Hughes dan Muzakir

SMR Group mentakrifkan seorang guru bahasa yang efektif sebagai seorang yang mampu mempamerkan imaginasi dan kreativiti di dalam kelas. Guru mempunyai banyak ruang untuk menjadi seorang yang serba boleh walaupun melalui kokurikulum asas,” kata Hughes.

Setiap orang mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Seorang mentor boleh berkerjasama dengan guru untuk mengembangkan potensi setiap individu sebagai guru Bahasa Inggeris, tambah Hughes.

“Kita perlu merevolusikan cara bahasa diajar,” ujarnya.

Satu daripada kaedah yang berjaya diguanakan adalah “pengajaran secara berpasukan atau berkumpulan.

Menurut Hughes, pengajaran secara berkumpulan membuka ruang pertukaran maklumat dan mencetuskan kreativiti dalam pengajaran bahasa.

Dengan bekerja bersama para guru, mentor pilihan SMR Group boleh mengatur siri buku aktiviti dengan cadangan yang melibatkan penggunaan semula bahan bagi menjadikan proses pembelajaran menarik.

Dikembangkan menerusi amalan di dalam kelas, buku latihan yang praktikal dan berguna ini mengandungi bahan baharu bagi menambah julat buku teks pada masa kini.

Jelas Hughes (gambar), bahasa bukan sesuatu yang anda tahu, sebaliknya merupakan perkara yang anda rasa.

Nasihat beliau, para guru tidak perlu melihat Bahasa Inggeris sebagai bahasa akademi tetapi sebagai subjek untuk dipraktis dan dinikmati.

Malah katanya, para guru perlu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris kerana amat penting untuk bertutur dengan jelas.

Dengan cara ini katanya, para guru atau pelajar mampu berdaya saing secara global dan memberi banyak maklumat berkaitan Bahasa Inggeris.

Bagi Syed Muzakir, Kerajaan sering mengulangi kepentingan keperluan untuk menguasai Bahasa Inggeris dan banyak sumber telah diperuntukkan.

Tambah beliau, penguasaan Bahasa Inggeris tidak boleh dilakukan dalam tempoh sehari dan ia melibatkan masa dan usaha.

Program Penutur Jati yang diperkenalkan pada 2011, melibatkan kerahan guru pelatih penutur jati ke sekolah terpilih di seluruh negara. SMR Group berjaya melatih hampir 7,000 guru setakat hari ini.

Tags / Kata Kunci: SMR Group , Bahasa Inggeris , Kerajaan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan